LIM GUAN ENG KETUA AGAMA ISLAM PULAU PINANG???
6:53:00 AM WIRA KENYALANG™ 3 comments
Nama LIM GUANG ENG dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat? Menggantikan nama nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin … INI MEMANG DAH MELAMPAU!!!
Inilah pemerintahan Pakatan Rakyat… Mana PAS yang selama ini menegakkan agama Islam… Oh TIDAK, sekutu rapat kena pertahankan. Agama no 2, yang penting kepentingan politik kena jaga..
Menjadi kebiasaan mana-mana negeri, khutbah solat Jumaat dibacakan doa untuk KETUA NEGERI (bukannya Ketua Menteri) atau KETUA AGAMA ISLAM yakni merujuk Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Nampaknya nama Lim Guan Eng telah ‘dinaiktaraf’ sebagai nama ketua agama Islam sedangkan dia bukan beragama Islam… Lim Guang Eng ni nak jadi ketua agama Islam di Pulau Pinang???… Apakah penduduk Pulau Pinang tidak sakit hati?
Tindakan menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja.
Dalam mengulas isu ini, Majlis Agama Islam Pulau Pinang menafikan pihaknya ada mengeluarkan arahan atau menyediakan sebarang teks baru supaya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dimasukkan dalam doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sekiranya ini terjadi, ia adalah berdasarkan pada kehendak individu itu sendiri dan tidak ada kaitan dengan MAIPP. Wah, senangnya jawapan MAIPP ni! Kenapa MAIPP membiarkan sahaja perkara ini terjadi, sedangkan MAIPP yang bertanggungjawab menulis, mencetak dan mengeluarkan teks khutbah bagi negeri Pulau Pinang untuk kegunaan setiap masjid ketika sembahyang Jumaat.
MAIPP kata mereka belum terima aduan dan laporan yang menyatakan nama Lim Guan Eng dimasukkan ke dalam khutbah. Kalau terima laporan pun adakah MAIPP akan siasat? Atau, ambil dan simpan sahaja sebab ia melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang. Kalau tidak kerana pendedahan UMNO, adakah MAIPP akan keluarkan kenyataan untuk siasat perkara ini. MAIPP nak sangat UMNO tunjukkan bukti bahawa nama Lim Guan Eng dimasukkan di dalam teks khutbah.
Dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang mengesahkan berlaku penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat.
Mereka ialah Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di sini, Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.
Hamir mengakui nama Lim Guan Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat Jumaat pada 25 Jun lalu.
Beliau turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun lazimnya ia merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang.
''Nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut langsung tetapi ingin saya tegaskan bahawa pihak kariah sendiri tidak membuat apa-apa arahan atau permintaan supaya nama ketua menteri disebut dalam doa khutbah," katanya.
Hamir menambah, jawatakuasa kariah mempertahankan penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.
Inilah dia Melayu Islam yang bersekongkol sehingga sanggup TIDAK menyebut nama Yang Di-Pertuan Agong, tetapi ‘mengangkat’ nama LIM GUAN ENG. Dia beragama Islamkah?
Melihat keadaan ini, pastinya DAP khususnya Lim Guan Eng tersenyum lebar kerana hasratnya untuk memecahbelahkan rakyat Pulau Pinang telah berjaya. Ini memang dah SANGAT MELAMPAU!!!!!
No comments:
Post a Comment