Saturday, August 6, 2011

Lupakan impian jadi PM


Ketua Pembangkang dinasihat lupakan impian jadi PM

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihat supaya melupakan sahaja impian untuk menjadi Perdana Menteri kerana rakyat sudah bosan dengan tingkah laku beliau.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, rakyat sememangnya sudah menolak Anwar dan semakin meluat dengan cerita dongeng yang dijaja oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terutama dalam usahanya 'membersihkan diri' daripada pelbagai isu.

Menurutnya, adalah terlalu hina bagi sebuah negara bertamadun apatah lagi Malaysia, sebuah negara Islam memilih seorang pemimpin yang pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan berdepan dengan kes liwat.

"Anwar sewajarnya memberikan perhatian kepada keluarganya setelah beliau selama ini bergelumang dengan masalah moral yang menjijikkan.

"Anwar juga patut rasa malu untuk berdepan dengan masyarakat yang sudah tidak dapat lagi menerima beberapa siri pembohongan dan sandiwara politiknya,'' kata Syed Ali menerusi blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali berkata, Anwar perlu insaf bahawa orang Melayu menolak kehadiran beliau dalam politik setelah bertanggungjawab memecah belah perpaduan rakyat.

Anwar juga, ujar beliau, adalah orang yang bertanggungjawab mempelopori budaya politik kebencian dan dendam sebaik sahaja disingkirkan daripada UMNO dan kerajaan.

"Bermula daripada itu, Anwar mula membuat percaturan supaya orang Melayu berpecah dan menyokong bukan Melayu bersikap biadab mempertikaikan hak ketuanan Melayu dan institusi raja-raja Melayu,'' katanya.

Lagipun, kata Syed Ali, Anwar merupakan petualang yang tergamak memburuk-burukkan imej Malaysia di luar terutama di Barat dalam usaha beliau mengemis simpati masyarakat antarabangsa.

"Di luar negara, beliau berkomplot dengan media asing termasuk dalam kalangan Yahudi untuk merosakkan kestabilan ekonomi, budaya dan politik negara ini.

"Seorang pemimpin yang mempunyai harga diri dan sayangkan bangsanya tidak akan sanggup menghina bangsa dan tanah air sendiri.

"Namun, perbuatan khianat dan memburuk-burukkan Malaysia di luar sudah menjadi darah daging Anwar sehinggalah cita-cita 'Mat Jenin' beliau untuk menjadi Perdana Menteri tercapai," tegasnya.


(sumber gambar:http://kry-asmat.blogspot.com/2008)(sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/inf)

No comments: