Thursday, April 12, 2012

PAS LETAK CALON IBAN PADA PRU-13 KERANA TERPAKSA



Demi memastikan matlamat dan perjuangannya untuk melihat BN tidak menang selesa dalam PRU-13 di Sarawak, PAS sanggup menelan ‘air ludah’ biarpun telah jatuh ke tanah.

Jika sebelum ini, difahamkan PAS hanya mencalon seorang sahaja calon Iban tetapi disebabkan ketamakan kuasa maka PAS telah mencalonkan seorang lagi calon Iban bagi mewakili PAS. Ini semua hanya untuk memastikan BN tumbang dan bukannya berhasrat untuk berkhidmat untuk rakyat.

Objektif PAS dalam PRU-13 di Sarawak lebih bersifat dendam dan bukannya mahu membantu rakyat. Jika disebabkan kekalahan teruk PAS dalam PRN Sarawak Ke-10 lepas ianya ada kemungkinan. Biarpun hanya bertanding di lima kerusi DUN dan penuh yakin akan menang, PAS akhirnya tersungkur ke bumi dengan kekalahan yang sangat teruk.

Ketua Penerangan PAS Sarawak, Mohd Azwani Abdul Rani mengesahkan parti itu akan meletakkan dua calon Iban untuk bertanding mewakili PAS iaitu di kerusi Sibuti dan satu lagi, sama ada di kerusi Igan atau Tanjung Manis.

PAS sebelum ini telah memperkenalkan calon Iban di Sibuti yang sudah disahkan ialah Bobby Zaid Tadang yang berasal dari Miri, manakala untuk kerusi yang satu lagi, proses untuk mengenal pasti calon paling layak sedang dilakukan.

PAS juga mengharapkan agar pencalonan calon Iban ini akan ‘meredakan’ sedikit ketegangan yang pernah ditimbulkan Presiden PAS sebelum ini semasa Pilihan Raya Kecil Batang Ai pada tahun 2009. Bagaimanapun, pengharapan PAS itu tidak semudah yang disangka memandangkan rakyat Sarawak terutama kaum Iban masih ingat kenyataan Abdul Hadi Awang itu bersifat cacian dan kurang ajar.

No comments: