Temberang terbongkar, pembangkang masih 'tegak benang basah'
IPOH 4 April - Pembangkang masih mahu menafikan menyokong projek hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) dibina di Teluk Rubiah, Lumut, walaupun temberang mereka telah dibongkarkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.Ibarat menegakkan benang basah, pembangkang masih berdolak dalik meskipun ketua mereka, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 yang membuktikan kerajaan negeri pembangkang menyokong projek tersebut.
Surat itu merupakan dokumen sulit yang dikelaskan semula oleh kerajaan negeri dan didedahkan Zambry pada sidang DUN hari ini.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa, surat itu tidak menunjukkan bahawa kerajaan pembangkang meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah sebaliknya hanya surat mengalu-alukan pelaburan Vale ke negeri ini.
(sumber: utusan )
...
No comments:
Post a Comment