Oii Anwar, Writ Saman Dah Hantar Ke Belum?
April 17, 2012 · 152 CommentsSeminggu dua ini pandangan umum berlegar pada isu PTPTN yang sebenarnya pada perkiraan penulis hanyalah salah satu diversion oleh Anwar Ibrahim yang memang dah diketahui ramai amat gemar mengalih perhatian daripada isu pokok.
Antara isu pokok yang masih menghantui Anwar misalnya keselamatan Israel yang mahu dipertahankan oleh Anwar, isu video chinadoll, campurtangan Anwar dalam pengurusan parti Pas, cabaran saman terhadap Datuk Eskay, skandal KKB gate, isu murtad dan prioriti hudud dalam agenda PR, sampah sarap dan masalah rumah urut di Selangor termasuklah paling penting saman Anwar terhadap Nallakaruppan.
Itu belum masuk lagi isu perebutan kerusi antara PKR dengan Pas dan antara PKR dengan DAP, campurtangan Anwar dalam menentukan arah tuju pemerintahan pas di Kedah serta sambutan rakyat yang semakin sejuk terhadap program yang dihadiri Anwar dan pemimpin pakatan pembangkang.
Pun demikian, isu PTPTN yang dikecohkan oleh geng PR itu tetap ada keperluannya untuk kita ulas apatah lagi ianya umpama boomerang yang tertunjal atas dahi Anwar sendiri. Gebang merata-rata alih-alih dia sendiri waktu berada dalam kerajaan terlibat sama di awal penubuhan PTPTN. Haru sungguh.
Balik kepada persoalan tajuk, masuk hari ini dah hampir sebulan Anwar memfailkan samannya terhadap Datuk Nallakaruppan berhubung isu biseksual tapi hingga kini belum lagi penulis baca berita yang mengatakan writ saman telahpun dihantar kepada Nalla atau peguamnya.
Kot kalau masih ada yang belum tahu apa itu biseksual, ianya bermaksud seseorang itu kegemarannya melampau tabie sebab ‘pedang’ sama ‘pedang’ boleh berlaga ke tung ke tang juga di masa yang sama atau berlainan ‘pedang’ juga boleh masuk ‘sarung’. Itu ringkasan berbunga, kan kalau cerita lebih nanti jadi kaunseling jam tiga pagi pulak, payah nanti.
Biasanya dalam perkara yang gempar dan besar, Anwar cukup gemar bikin sidang media untuk mengwar-warkan kepada umum tanpa mengira dirinya berada di pihak yang betul atau salah, yang penting persepsi tetap nombor wahid bagi membina gambaran awal yang dirinya sentiasa di pihak yang benar.
Sehingga 28 Mac lepas, berita terakhir dari pihak Nallakaruppan mengesahkan pihaknya belum menerima writ saman dari peguam Anwar. Tanpa writ saman, perbicaraan tidak akan berjalan seumpama isteri yang digantung tak bertali, tiada kata putus dan tiada kepastian ke mana arah nak di tuju.
Sementara itu, peguam utama Nalla, Datuk Seri Shafie Abdullah, sehingga kini Datuk Nalla belum menerima writ saman tersebut.Manakala berita terakhir dari pihak Anwar ialah pada 26 Mac ketika saman difailkan terhadap Nallakaruppan berhubung isu biseksual. Sepatutnya selepas saman difailkan, writ saman disegerakan hantar kepada penama supaya pengurusan kes dan tarikh perbicaraan dapat disegerakan, tapi dalam kes sekarang ini lain pula yang berlaku.
“Sebaik dilantik sebagai peguam kepada Datuk Nalla, saya akan menulis surat kepada firma guaman yang mewakili Anwar, tidak payah susah-susah, mereka boleh terus menyerahkan writ saman tersebut kepada firma saya,”katanya. - Datuk Seri Shafie Abdullah, 28 Mac 2012
Selepas 26 Mac Anwar terus langsung senyap seolah-olah mengharapkan tiada lagi persoalan dari khalayak “kenapa Anwar tidak menyaman Nalla?”.
Dah hantar ke belum writ saman kepada Nalla? Kalau dah, bila dan di mana? Teringin benor penulis nak tahu berita selanjutnya. Bukan saja penulis, malah ramai yang nak tahu status terkini dari pihak Anwar berhubung isu tersebut.
Kita bukan apa, alang-alang dah failkan saman eloklah pihak yang nak menyaman segerakan prosesnya supaya tidaklah nanti orang kata semuanya gempak untuk mengabui mata khalayak semata-mata.
Dahlah sampai sekarang Anwar malu-malu kucing untuk bersumpah mubahalah meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada kekuasaan dan keadilan penghakiman Allah s.w.t dengan menyebut “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” bagi menafikan segala dakwaan isu moral yang membelenggu dirinya, takkan dalam bab menyerahkan writ saman pun malu-malu biawak pula?
Apapun, penulis harap sangat, mana tahu kot ada balaci atau juak Anwar yang tahu berita terkini yang Anwar dah hantar writ saman kepada Nalla, tolonglah tampalkan linknya dalam ruangan komen. Maklumlah, penulis pun manusia biasa ada kalanya tak terkecuali dari tertinggal bas lagipun ambo bukannya ‘anugerah tuhan’ macam sorang malaun tu.
SUMBER: http://www.mykmu.net/?p=18598
No comments:
Post a Comment