Thursday, May 28, 2009

GAWAI-MANGKONG TIANG RH. NILAU









Selamat " mangkong tiang' kepada Tr. Nilau ak Sat, Sungai Janting, Bintangor
29/5/2009

Tetamu Kerhormat
YB Ding Kuong Hiing

Ahli Parlimen
P 208 Sarikei

Saturday, May 23, 2009

Sukan Rakyat









Kelab Sukan Komuniti Meradong Menyertai
Pertanding Sukan Tradisional Peringkat Negeri 2009
pada 23 Mei 2009 di Komplex Sukan Sarikei

Thursday, May 21, 2009

TAR KOLEJ



OPPOSITION'S SMEARING CAMPAIGN STOPPED TAR COLLEGE PROJECT - DR CHAN
Bernama - Thursday, May 21
KUCHING, May 20 (Bernama) -- The opposition's smearing campaign and bribery allegations over the proposed setting up of Tunku Abdul Rahman (TAR) college in Bintangor, derailed the project as Tan Sri Ting Pek Khiing felt discouraged, said Deputy Chief Minister Tan Sri Dr George Chan said today.
Dr Chan, who is also Sarawak United People's Party (SUPP) president said, as far as the proposed college was concerned, SUPP expressed its full support since it was the party's and Barisan Nasional's (BN) policy to encourage and assist the private sector to set up higher learning institutions at affordable costs for the local community.
"Unfortunately I was informed by Ting that during and after the parliamentary election last year, there was a series of smearing campaigns alleging him (Ting) of using the TAR college proposal to hoodwink the public," said the State Modernisation of Agriculture Minister in his winding up speech at the State Legislative Assembly sitting here today.
To make matters worst, he said, DAP's defeated candidate Dr Wong Hua She had in April last year, filed an election petition at the Sibu High Court, alleging Ting used the proposed college as a "bribe" during the elections.
Any planning or development, thereafter, relating to the college could be construed as subjudice during the election petition trial while Ting Tze Fui (DAP-Meradong) had also attacked Ting for lying to the people, he said.
-- MORE
ASSEMBLY-SARAWAK (TAR COLLEGE) 2 (LAST) KUCHING
Dr Chan said the public should know that it was DAP who "put a spanner in the wheel" and jeopardised the project but SUPP as a political party would continue to seek alternatives to help the Meradong people especially when it convinced Curtin University and Swineburne University to come to Sarawak.
"Ting had also reiterated that if BN approves a technical college in Bintangor, he would still donate his land for education purposes," he said.
He said, when Ting initiated the setting up of the TAR college, BN leaders, including former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi and himself, had given the blessing, especially when the former volunteered to donate land with an estimated value of RM40 million, and to contribute up to 50 percent of the construction costs.
He also set the record straight on the experts engaged to study the seasonal flooding problems in Kuching division, adding that, on the initiative of SUPP members, experts from China were brought in to review and assess the various studies already being undertaken by the government.
The experts from Synohydro Corporation, who had undertaken similar professional assignments in Thailand and the Philippines, were appointed by the state government to review all the 10 studies, which are now used as the basis for the implementation of the city's flood mitigation scheme, he said.
-- BERNAMA

Condolence


Thursday, May 21, 2009
RIP, Rapaee Kawi
Posted by: hakimbujang
Sarawak most senior national press photographer Rapaee Kawi passed away at around 11am today while undergoing medical check up at a Polyclinic.
Apai Star, his press world name, left behind a wife and 4 children behind, two boys and two girls.
Apai
He is the first Malaysia press photographer using DSLR camera, a Canon that cost roughly RM120,000 while covering Malaysia first Everest expedition.
Being a Christian Melanau with Malay name, Apai has many comical tale to share of being arrested for eating in public during “Holy Ramadhan”.
He is famous for his quote, with or without surname as long you do not trade my “bin” with “anak”.
He is the protem chairman of Sarawak Chapter of Sportwriters Association Malaysia.
His remains is still at the mortuary at press time (13.30 hours) and will be brought to his residence in Batu Kawah.
Toman Mamora, chairman of Sarawak Press Foundation expressed his sadness over Apai demise.
“His passing is a great loss to Sarawak press community,” Toman told Sarawak Update.
( Limaudong: May God Bless His Soul )

By Election No 7


Breaking News

Manek Urai state assemblyperson Ismail Yaacob, 60, passed away at Raja Zainab Hospital in Kota Bharu at 6am today.MORE
Coming up - by-election No 7
Will Umno stay out this one too?
(sumber Malaysiakini)

NASI DAH JADI BUBUR " TAR KOLEJ"

DAHULU SEMASA PILIHAN RAYA UMUM PARLIMEN 2008
PAPAN TANDA INI MEMBERI KEMENANGAN KEPADA BARISAN NASIONAL )


SEKARANG PADA MEI 2009 Kemana pergiNya " Papan Tanda Besar
Pembinaan TAR KOLEJ " ?????


Janji untuk sebuah Tar Kolej untuk penduduk-penduduk di Kawasan Meradong dan Sarikei hanya tinggal IMPIAN oleh PEMAJU. Bukan sekadar pengundi-pengundi yang ditipu malah wakil-wakil rakyat yang telah berkempen bertungkus lumus untuk KEMENANGAN BN JUGA tertipu oleh JANJI KOSONG/JANJI BOHONG/JANJI MANIS ini.
Jikalau tak silap saya, dahalu Pemaju telah berjanji akan membina Tar Kolej sekiraNYA calon Barisan Nasional MENANG pada Pilihan Raya Parlimen P 208 Sarikei.
Kita imbas kembali calon Barisan Nasional ketika itu adalah En. Ding Kuong Hiing dan DIA telah MENANG dengan majoriti 51 UnDI.
Sekarang penduduk-penduduk (pengundi-pengundi) di Meradong amat KECEWA dengan pembatalan projek tersebut sebab kata Pemaju 'orang' Meradong TELAH 'menolak' Tar Kolej dibina dan itulah sebab DIA bertindak meroboh Papan Tanda Tar Kolej Di Tapak Perasmian itu.
Perbuatan Janji Kosong atau Janji Manis akan membawa PADAH DAN PARAH kepada calon BN pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Nampaknya SUASANA politik di Meradong macam " NASI SUDAH MENJADI BUBUR".
Besarlah harapan saya agar 'Pemaju" ini menarik balik keputusan pembatalan projek Tar Kolej demi masa depan politik dan sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional sebab masih belum terlambat.

Tuesday, May 19, 2009

Majlis Makan Perpisahan

( Selamat Datang Kepada Timbalan Pegawai Daerah Meradong Pn. Chumang Nyambong )

( Pengerusi SDNU En. Brendan Bujang menyerah Cenderahati kepada Pegawai Tadbir En. Godfridie Valentine Lasih yang akan ' transfer' ke Daro sebagai Pemangku Pegawai Daerah Daro mulai 12/6/2009)

( Pengerusi SDNU, En. Brendan Bujang menyampaikan Cenderahati Kepada Pegawai Daerah Meradong En. Mohd. Junaidi Bin Mohidin yang akan 'transfer' ke Mukah sebagai Timbalan Residen Mukah)

Pada 19/5/2009 Sarawak Dayak National Union (SDNU) Cawangan Bintangor telah mengadakan Majlis Makan Perpisahan Kepada Pegawai Daerah Meradong En. Mohd. Junaidi Bin Mohidin dan Pegawai Tadbir En. Godfridie Valentine Laseh. Juga pada masa yang sama menyambut kedatangan Timbalan Pegawai Daerah Meradong, Pn. Chumang Nyambong disebuah Restoran pada tengah hari tadi.

Karnival/Liga Sukan Komuniti Meradong

( Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Meradong Pemanca Suhaili Bujang menyerah Cenderahati kepada En. Mohd. Junaidi B Mohidin , Pegawai Daerah Meradong selaku Penasihat Kelab yang akan 'transfer ke Pejabat Residen Mukah pada 25/5/2009 )

( Ucapan dan Amanat dari Penasihat Kelab Suka Komuniti Meradong En. Mohd. Juniadi B. Mohidin )

Pada 19/5/2009 Kelab Sukan Komuniti Meradong telah mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Meradong Jam 9.00 pagi.
Diantara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat adalah:-
1. Perutusan & Laporan Aktiviti 2008-2009 oleh Pengerusi
2. Arahan Perlaksanaan Liga Sukan Komuniti Meradong Tahun 2009
3. Perbincangan Pasukan Sukan Rakyat Peringkat Negeri Sarikei pada 23-24 Mei 2009
4. Penyampaian Cenderahati Kepada Pegawai Daerah Meradong selaku Penasihat Kelab Sukan Komuniti Meradong

Kerajaan Tuniakan Janji - Rebat Enjin Sangkut


( Pemilik Enjin Sangkut Menunggu Giliran Masing-masing diluar pintu Pejabat Kewangan Daerah Meradong)

Pada 19/5/2009 adalah hari ketiga dan seramai 100 pemilik-pemilik Enjin Sangkut menuntut rebat tunai dari kawasan DUN Meradong, Semop dan Daro. Untuk mengelakkan kekecohan berlaku maka setiap pemilik diberi angka giliran masing-masing.

Kategori pertama, mereka yang memiliki enjin berkuasa kuda 10 atau kurang layak menerima RM350, pemilik 20 kuasa kuda atau kurang menerima RM500, dan RM705 kepada pemilik enjin berkuasa 40 kuasa kuda dan ke bawah.

Friday, May 15, 2009

Selamat Gawai Dayak


To all Dayak Bloggers
Selamat Ngintu Hari Gawai 2009
Gayu Guru Gerai Nyamai Nguan Menua, Kaya Raja Tuah Berlimpah
Idup Bangsa Dayak

The LORD is my rock

"The LORD is my rock, my fortress and my deliverer; my God is my rock, in whom I take refuge. He is my shield and the horn of my salvation, my stronghold. I call to the LORD, who is worthy of praise, and I am saved from my enemies. The cords of death entangled me; the torrents of destruction overwhelmed me. The cords of the grave coiled around me; the snares of death confronted me. In my distress I called to the LORD; I cried to my God for help. From his temple he heard my voice; my cry came before him, into his ears." Psalm 18:2-6









" Praise The Lord, Alleluia "

Thursday, May 14, 2009

Rumah Panjang Kebakaran


( Sumber Bekalan Air Parit untuk Bomba )

( Punca Kebakaran masih dalam siasatan )

( Impian untuk Perayaan Hari Gawai Kini Musnah )


( Mangsa Kebakaran )


Rumah Panjang Yang Cantik Dahulu Kini Tinggal Kenangan


Sebuah Rumah Panjang Rh. Pitre Ambit ak Tayup , 18 KM dari Bintangor telah terbakar kira jam 11.00 malam pada 14/5/2009.
Dua buah Jentera Bomba sebuah dari Sarikei dan sebuah dari Bintangor tiba di tempat kebakaran kira-kira setengah jam selepas menerima panggilan kecemasan.
Rumah Panjang yang mempunyai 17 pintu dan seramai 100 lebih 'anakbiak-anakbiak' mengelami ribuan ringgit kerugian. Kebanyakkan penduduk-penduduk Rumah Panjang tidak dapat menyelamatkan harta pusaka dan dokumen penting sebab api marak dengan pantas sebab cuaca kering dan ribut semasa kejadian itu berlaku. Tiada kehilangan nyawa berlaku semasa kebakaran.
Ketiadaan Pili Bomba berdekatan Rumah Panjang memaksa Bomba mengunakan Air Parit tetapi tidak mencukupi sebab parit cetik dan cuaca panas.
Pegawai-pegawai dari Jabatan Kebajikkan Dan Pejabat Daerah Sarikei juga berada di lokasi kebakaran untuk memberi bantuan.
YB En. Ding Kuong Hiing , Ahli Parlimen Sarikei dan ahli-ahli SUPP Sarikei berada di tempat kebakaran dan Yang Berhormat memberi derma peribadi kepada mangsa-mangsa kebakaran Rh. Pitre Ambit ak Tayup.
Sekarang mangsa-mangsa kebakaran menumpang dengan sanak saudara dan Rumah panjang berdekatan.
Sebarang pertolongan atau bantuan boleh disalurkan kepada Pejabat Daerah Sarikei untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran.

Tuesday, May 5, 2009

Himpunan One Black Malaysia 7/5/2009




Dua hari lagi menjelang Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, macam-macam cerita timbul. Bagi yang kaki himpun orang seperti Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dah mula ajak orang sembahyang subuh dengan niat untuk berdemonstrasi di Ipoh.
Bagi yang bakal hilang jawatan seperti Speaker DUN Perak, V. Sivakumar, pelbagai usaha dibuat untuk menggagalkan sidang berkenaan termasuk merayu kepada Sultan Perak untuk menangguhkan sidang berkenaan kepada tarikh lain. Namun dalam banyak-banyak ‘hu ha’ yang berlaku itu, paling menarik ialah ‘kenyataan paling gila’ dalam sejarah politik dan perundangan negara oleh orang yang telah hilang jawatan ‘paling kanan’ dalam kerajaan negeri lalu iaitu bos DAP Perak, Ngeh Koo Ham
( source agendadaily)
Limaudong said : To all Perakian, please don't use House of Worship for your political agendas

Thursday, April 30, 2009

Election Flu


Seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk menjaga Jangkitan virus selesema babi A/H1N1 yang sedang menular dikalangan manusia .

Bagaimanapun kita Rakyat Malaysia bernasib baik tidak dijangkit selesema Babi buat ketika ini tetapi kita diserang penyakit " SELESEMA PRK 'ELECTION FLU'. banyak kali.


Ya, pada 23/5/2009 adalah hari penamaan calon bagi DUN N. 12 Penanti, Pulau Pinang dan penyakit selesema PRK sudah mula dan Parti Umno akan bermesyuarat untuk menentukan adahkah Umno turut bertanding sebab pilihan raya itu akan memakan kos yang besar dan anggaplah ini salah satu gimmick politik parti pembangkang.

Begitu juga dalam Pakatan Rakyat sudah tidak sehaluan sebab masing-masing ada calon yang sesuai dan layak bertanding di N 12 Penanti. Kita sama-sama tunggu pada 23/5/2009 siapakah calon dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat .

Ada juga berita yang mengatakan Selangor ADUN Kota Alam Shah , M. Manoharan yang ditahan dibawah ISA akan meletak jawatan maka satu lagi 'Election Flu".

Pahit atau manis kita kena terima selesema PRK untuk mengamalkan sistem Demokrasi dalam Malaysia.

Wednesday, April 29, 2009

Ng's Quit ?

Ng's quit shocker,

all is not well in Sarawak PKR

(source malaysiakini by Joseph Tawie Apr 29, 09 2:34pm )

Trouble is brewing for PKR in Sarawak as Padungan state
assemblyperson Dominique Ng resigned from the party’s
powerful supreme council, it is reliably learnt today.
**He led fight in Batang Ai by-election
**Unhappy over party reshuffle?

(Limaudong said: Dom. belum terlambat dan baliklah ke pangkal jalan )

Wednesday, April 22, 2009

Jokes (source Comedy Zone)

A woman calls her husband into the bedroom.
"Now Mike, I want you to take off my blouse!
""Good..""
Now I also want you to take off my Bra.
""Good...""
Now can you take off my panties
.""Very Good!
Now, don't let me catch you wearing them again!"

TRUTH IN THE INNOCENCE OF YOUTH
A small boy was lost, so he went up to a policeman and said,
"I've lost my dad!"
The copper said, "What's he like?
" The little boy replied, "Beer and women!"


SURVEYING THE FORMER PRESIDENT
An official Gallup survey polled over 1000 women with the question:
Would you sleep with Former US President Bill Clinton?
1% said, "No"
2% said, "Yes"
97% said, "Never Again"

STOPPING BY THE OFFICE ONE DAY
Resolving to surprise her husband, an executive's wife stopped by his office.
She found him with his secretary sitting in his lap.
Without hesitating, he dictated, "...and in conclusion, gentlemen, shortage or no shortage,
I cannot continue to operate this office with just one chair.

Tuesday, April 21, 2009

Sultan And Me



( sumber Malaysikini ) Hafiz Yatim Apr 21, 09 2:42pm
In the latest twist to the political saga in Perak, Mohd Nizar Jamaluddin files an affidavit that reveals in detail what transpired during his meetings with Sultan Azlan Shah.

**Sultan warned of the consequences
**Nizar refuses to quit
(Limaudong said: Fellow Malaysians whatever your religion is , let us all pray for the peace and love of God may bestowed between them , Allelulia , Amen . )

Monday, April 20, 2009

ANANG KELALU NGEMARUH KE BANGSA DAYAK


Dayaks lack element of smartness: Masing
Written by Dr. John Brian Anthony
(Borneo Post April 20th 2009)
“Politics within the community (Dayak), particularly in rural areas, is fluid until now because there is lack of the smart facor. And because of that they will listen to instigation and get manipulated by certain individuals” Dato Sri James Masing.
Who manipulate the Dayaks?
I think James is talking about himself, Jabu and his other bunch of friends - they traveled by helicopters to long houses during election, used Gov’t 4WD vehicles etc and pour in a lot of money to buy food and drinks and music and they spoke and lied to the Dayak in Batang Ai.
They lied and give Dayaks empty promises because they believed that Dayak lack element of smartness.
Dayak lack element of smartness
Only a Smart Ass like James can say such things about Dayaks. He believes he is the king of Dayak and can say whatever he likes - because he treated all Dayak as fools - just because PRS/BN won the Batang Ai By-election so James is smarter.
Those Dayaks that do not “blindly follow” Smart Ass James in politics are less smart. So there were 2000 over less smart Dayak voters in Batang Ai - all fools because they do not accept BN land policies, poor Mycard service, poor roads, no electricity, no hospital, no clean water, no proper mean of cash income through properly organized agriculture etc.
Focus on Delivering BN promises
James and Jabu should focus on delivering on their promises during the By -election. What happen to the land titles that are suppose to be given to Batang Ai resettlement people - the balance portion / parts of their land compensation.
It is wrong for the government to sell the long house to the Batang Ai resettlement areas for $80,000.00 per door when they never issue land title to the individual houses - just like in town.
Two years from now - the next state election, in Batang Ai the BN promises will still not be delivered - do you think that is because the Dayaks are less smart or it is just that James is the politician who manipulated the Dayak and getting their votes by manipulating them.
When did BN make the rural Dayak smart?
The radio programmes - most of it are full of BN propaganda. Message that lack meaning or substance and at best is causing confusion to the rural people. Things like - ” mina BN aja ulih meri pemansang ngagai Sarawak”etc.
James himself spoke on many occasions - but in all those occasion, instead of inspiring the Dayaks and show them the correct direction to take in personal development - he belittled them with LIES.
It is the duty of government to develop the state and its people - and the people need not feel that they owed the government for such development. But why is BN syaing that the people must appereciate their good work?
State Level Land Seminar in Bintulu
Why is James - as Minister of Land Development not a speaker at the Land Seminar in Bintulu? Is that an indication that his views are not important and that he is actually a puppet to Taib and Awang Tengah on land matters?.
We Dayaks are still looking for new ideas to ensure that NCR land owners really benefited from land development through direct participation instead of injecting their landed asset but do not hold any decision making power in the plantation company.
Why don’t James you answer that question first - rather than talking about Dayak are less smart because there raised too many questions that you are not able to answer personally..
Educated Dayak
Most educated Dayak do not want to see Dayak being lied to and being fooled- 45 years is enough. We have nothing more to call our own and yet James felt that by explaining the real issues and truth to rural Dayak is wrong.
No James - we are not liar like you and we do not have self interest - like holding political position and make personal money out of politics. We Dayakbaru are really concern that too much lies has been told to Dayak by BN Dayak Ministers.
Rural Based Party
It is good to know that PRS - and James is the President, is a rural based party. This rural areas would be the main focus of Dayakbaru in the next election - to educate then on the truth and what sustainable development is all about. It is about increase incomes, create value through their land cultivation, employ technology to increase productivity and to say NO to Dr. James model of land development - akin to pirate scheme.
(Limaudong Said: Dayak are smart now they are many good Iban/Dayak bloggers , Potential Dayak Leaders and remember Iban/Dayak in Batang Ai are smart people as they voted for Barisan Nasional )Victory. Anang kelalu ngemaruh ke bangsa kitai Dayak menyadi.

Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Semata-mata untuk Puih Ekonomi















" "Antara penerima faedah utama (pakej rangsangan) adalah syarikat-syarikat BESAR yang boleh membuka peluang pekerjaan dan perniagaan serta pada masa sama mengelakkan pemberhentian pekerja. Apabila mereka kembali pulih, syarikat-syarikat ini boleh membayar cukai kepada kerajaan. "

(Limaudong said: Berharap YB ingat kepada jaminan yang dijanjikan kepada penduduk luar bandar bahawa kerajaan akan terus memberi perhatian kepada kebajikan rakyat semasa keadaan sukar sekarang. )

DAP SOKONG KEKALKAN

DAP tidak mahu Ketua Menteri Sabah diganti

20/04/2009 3:48pm

KOTA KINABALU 20 April — Jimmy Wong (DAP-Sri Tanjong) mahu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dikekalkan sebagai pemimpin negeri.

Beliau berkata ini berikutan pelbagai pembangunan yang berjaya dilaksanakan untuk rakyat di Sabah.

“Perdana Menteri sudah berubah. Saya berharap ketua menteri Sabah sekarang tidak akan diganti.

“Sabah kini banyak berubah dan semakin membangun.

“Ekonomi kebanyakan rakyat miskin juga semakin baik,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini. Bagaimanapun, beliau juga berharap kerajaan negeri tidak putus membawa pembangunan kepada rakyat kerana masih terdapat golongan yang masih menunggu pembelaan.

“Saya berharap Datuk Seri Musa dan anggota kabinetnya bekerja lebih keras dan lebih tekun lagi kerana banyak lagi projek pembangunan yang perlu dilaksanakan,” tambahnya. — Bernama


(Limaudong said: Sabah DAP YB Jimmy Wong sokong Ketua Menteri Sabah DIKEKALKAN

PESANAN KEPADA DAP SARAWAK ADAKAH ANDA MENYOKONG KEPMIMPINAN YAB PEHIN SRI HJ. ABDUL TAIB MAHMUD. KETUA MENTERI SARAWAK ?.

Kepada pembangkang anda patut bersyukur sebab Sarawak telah maju sejak 45 Tahun Dalam Malaysia. Tak patut anda bergelaran pembangkang (DAP) tidak memberi sedikit Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan jangan hanya cakap-cakap-cakap-cakap O O O Oooooo SEBAB ANDA ADALAH RAKYAT SARAWAK DALAM MALAYSIA .)

Sunday, April 19, 2009

Tak Habis-habis dan tak laku

Tak habis-habis…dan tak laku


Speaker DAP DUN Perak V Sivakumar hari ini bertindak mengantung Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri.Beliau mendakwa Abdullah semalam keluar notis panggil sidang DUN 7 Mei tanpa pengetahuan dan restunya.

Sivakumar kata dia nak mengadap Sultan Perak dapat kepastian samaada baginda bagi kebenaran sidang DUN diadakan.

Sementara itu Setiausaha Kerajaan negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim menjelaskan tindakan Sivakumar menggantung tugas Abdullah sebagai Setiausaha DUN Perak adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Katanya jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak.

“Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ditemui para wartawa selepas satu majlis dekat Kuala Kangsar berkata dakwaan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan tindakan Sivakumar menggantung Menteri Besar Perak dan enam Exco daripada menghadiri persidangan Dewan sebagai satu bentuk campur tangan kuasa seseorang Speaker adalah satu kenyataan yang silap.

Menurutnya tidak timbul soal badan kehakiman mencampuri hal legislatif berhubung keputusan itu kerana mahkamah sebenarnya adalah tempat terbaik untuk mendapat penyelesaian berkenaan dengan tafsiran sesuatu perlembagaan ataupun undang-undang.

Beliau berkata undang-undang tidak berhajat memberikan seseorang Speaker dengan satu kuasa yang tidak terbatas, lebih-lebih lagi jika tindakan Speaker itu jelas tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang ada.

"Kita semua tahu daripada segi prosedur, itu (tindakan menggantung) salah tapi dia (Sivakumar) kata dia betul. Jadi untuk menentukan siapa betul... siapa salah, kita pergi ke mahkamahlah untuk mendapat tafsiran sebenarnya berkenaan dengan perlembagaan dan juga peraturan DUN.

"Jadi bagi saya dalam perkara ini tidak ada lain tempat melainkan pada mahkamah untuk mendapat tafsiran sebenarnya berkenaan sama ada Sivakumar mempunyai hak yang tidak terbatas ataupun telah mengikuti peraturan DUN dalam dia mengharamkan Menteri Besar dan enam Exco tidak boleh datang ke Dewan," katanya.

Mohamed Nazri berkata Ngeh sebagai seorang peguam sepatutnya menghormati keputusan mahkamah dan bukannya mengeluarkan kenyataan bodoh mendakwa bahawa mahkamah telah mencampuri hal legislatif.

"Itu merupakan satu kenyataan bodoh daripada seorang peguam bagi saya. Dia (Ngeh) sepatutnya sebagai seorang peguam mesti menghormati keputusan mahkamah. Kalau dah peguam tidak menghormati, macam mana rakyat biasa akan akur kepada setiap keputusan yang dibuat mahkamah. Pada saya tidak syak lagi keputusan mahkamah itu adalah tepat dan betul," katanya.

Beliau berkata gelagat Ngeh itu juga menampakkan sikap diktator DAP yang ingin mengaturkan keputusan mahkamah supaya memihak mereka walaupun belum dapat memerintah negara.-18/4/2009( sumber agenda daily)

( Limaudong said: Perak State Secertary Datuk Dr. Abdul Rahman Hasim said action by ' Perak State Legislative Assembly Speaker ' V. Sivakumar was INVALID and could not be enforced. )


Daulat Tuanku - HAPPY 81st BIRTHDAY



Politik Perak:Titah menyengat Sultan Azlan dan Raja Nazrin
(sumber agendadaily)

Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah telah menyampaikan titah menyengat yang jelas menyentuh tentang tindak tanduk kumpulan politik tertentu dalam kontek senario politik di Perak kebelakangan ini.

Titah berkenaan dibuat semasa istiadat penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar , Ahad.

Sultan Azlan membidas tindakan kumpulan politik tertentu yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

Menurut baginda bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

"Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian," titah baginda.

Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.

Sultan Azlan bertitah sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.

"Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara-perkara yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan.

"Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa indivIdu atau yang berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.

"Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang 'menang sorak kampung tergadai', akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah anggapan salah bahawa raja berperlembagaan adalah sekadar lambang tanpa sebarang kuasa merupakan tafsiran yang perlu diperbetulkan.

Sementara itu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dalam titah baginda menyatakan tekadnya akan mengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan.

"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.

"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," titah baginda.

Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.

Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.

Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.

"Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.

"Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa," titah baginda.

Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.

"Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkah sedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.

"Atas nama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea (Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri; pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah," titah baginda.

Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombang globalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan benteng budaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.

Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombak globalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.

Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik.

"Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa.

"Warga perlu disedarkan, bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan ditakrifkan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan negara bangsa. Bahawa elemen-elemen budaya bangsa yang merupakan faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan," titah baginda.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Azlan, pada majlis penganugerahan hari ini.

Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.-19/4/2009

( Limaudong said : Happy 81st Birthday To His Royal Highness & May God Bless Negeri Perak )

Friday, March 13, 2009

BN kekal kerusi Parlimen Pensiangan

KOTA KINABALU 13 Mac – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Pensiangan selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menerima rayuan Timbalan Menteri Pembangunan Luar bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup mengenepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini.

Sunday, March 8, 2009

NONE DAYAK LEADERS ' SINCERE'

Not one Dayak leader is sincere, says PKR's Bawin

sumber Malaysiakini: | Mar 7, 09 11:23am

When Nicholas Bawin, a Sarawak PKR Dayak leader was asked whether he could name any Dayak leader whom he nicholas bawin pkr candidate for batang ai state seat 270209thinks is sincerely looking after the interests of the community in the state, he paused for a moment and declared “None”.






( Limaudong: Bro. Nicholas Bawin you hurt the feeling of the Dayak Leaders. As quoted by Malaysiakini ' None" of the Dayak leaders are sincere and this " NONE " mean do you also include the Dayak Leaders In The Government Departments, Dayak Businessmen, Dayak NGO etc.... )
If this "NoNe" really happen, PKR will lose dan BN WILL WIN......

70000 Bangla

70,000 lagi pekerja Bangladesh dijangka masuk ke Malaysia

08/03/2009 1:25pm

KUALA LUMPUR 8 Mac — Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini Talat Mahmud Khan hari ini.

Beliau berkata walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi.

Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas, katanya.

(Limaudong: Kita berharap Kementerian Sumber Manusia Malaysia menjaga periuk nasi orang Malaysia sebab seramai 70000 bangla akan menimbul banyak masalah sosial kepada penduduk-penduduk tempatan. Berilah keutamaan kepada rakyat Malaysia dahulu . Betulkah kita rakyat tempatan pemalas, tidak rajin dan engkar arahan. Yang penting dengan adanya 70000 perkerja bangla mereka akan menghantar wang berjuta-juta balik ke Bangladesh dan ekonomi Malaysia yang akan terjejas, rakyat terjejas dan hilang perkerjaan sebab kita terlalu MANJAKAN perkerja asing. Fikirlah betul...betul...)

Thursday, March 5, 2009

EASTER MESSAGE



HAPPY EASTER TO CATHOLIC BLOGGERS

Batang Ai Di Tangan 'Sulu'


UNDILAH BARISAN NASIONAL

Pilihan Raya Kecil DUN N. 29 Batang Ai akan ditentukan oleh 8006 pengundi berdaftar pada 7/4/2009.
Keputusan samada Barisan Nasional akan kekal mempertahankan Batang Ai dan keputusan adalah di Tangan "Sulu". Maka dalam hal ini keputusan bijak rakyat amat penting.
Barisan nasional merupakan penentu masa depan rakyat di Batang Ai dan bukan parti pembangkang. Hanya Barisan Nasional boleh membangunkan kawasan Batang Ai dan taraf sosioekonomi rakyat terbela dan terjamin.
Batang Ai bukanlah tempat untuk membuat 'kajian' perubahan sebab kemenangan akan menentukan masa depan 'sulu-sulu' di Batang Ai.

Awas, jika pembangkang dimenangkan akan berlakukah keadaan menang sorak kampung tergadai ?.

Inglatlah " Batang Ai Di Tangan " Sulu '.

Tuesday, March 3, 2009

Pokok Assembly- Mati Kitai

High drama, violence & 'pokok demokrasi'
sumber :Malaysiakini Mar 3, 09 4:35pm
Perak speaker V Sivakumar created history by declaring under a large rain tree that the emergency sitting was in session.

( Limaudong: What kind of animals that lives on and under the tress ? Can somone give me an answer. What a pity this is uncivilised way of conduting a pokok assembly ?)

ANAK-ANAK BOMBA MASA DEPAN




(Penguasa Bomba & Penyelamat En. Harun Jenai )
( Limaudong : Ingatlah Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung )