Di semenanjung, Menteri Kabinet mencadangkan Akta Hubungan Kaum, tetapi lain pula di Bumi kenyalang iaitu Akta wakaf yang sedang dipertimbangkan.
Tujuan Akta Wakaf yang dicadangkan bakal memberi ruang kepada usahawan Muslim memperluaskan semangat keusahawanan dan kegiatan ekonomi masa depan dengan membangunkan harta wakaf.
Wakaf dapat dibangunkan melalui pelbagai projek seperti perumahan, rumah kedai, sekolah dan kolej. Pendapatan dari hasil itu boleh disalurkan ke masjid dan surau dan juga kepada tabung komuniti Muslim secara keseluruhanya.
Syabas & taniah kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Kerajaan Negeri yang bersungguh-sungguh menubuhkan Akta yang berkaitan hal ehwal wakaf.
No comments:
Post a Comment