Laporan berhubung masyarakat Penan yang dianiayai baru-baru ini dan disangkal oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, turut dinafikan oleh Temenggong Penan Dato Sri Nyipa Bato. " Saya ( Dato Sri Nyipa) menyokong penuh kenyataan Ketua Menteri.
" Sesetengah pihak cuba menganggu dan mensabotaj keharmonian masyarakat berbilang kaum kita dan laporan media yang berulang serta tidak menyokong menandakan mereka tidak membantu mempertahankan kehormonian yang dicapai." katanya. Ujar beliau, dikawasannya sendiri yang kebanyakkannya kaum Penan, tiada sebarang aduan atau penganiayaan di laporan setakat ini. "Namun jika ada kes dan bila ia berlaku, perlu dilaporkan dalam saluran yang betul dan biarlah pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka dengan menyiasat menerusi keadilan," katanya. Kita tidak mahu memandang perkara ini remeh temeh dan perlu menanganinya dengan undang-undang, tambah beliau. "
( Utusan Borneo: 10/10/2008)
Renungan : Bolehkah kita terima kenyataan Temenggong Dato Sri Nyipa Bato ini bahawa kawasan dibawah seliaannya bebas dari sebarang aduan atau penganiayaan . Maafkan saya, adakah kejadian kes rogol ini bawah seliaan Temenggong. Baguslah kalau tiada .
Tetapi kenapa kes rogol ini mengambil masa yang lama baru didedahkan sehingga " Bruno Manser Foundation" mengembar-mengembur isu barulah semua orang menjadi kecoh .
Kita mesti ingat salah seorang dari mangsa itu telah melahirkan seorang anak, fikirlah betul 9 Bulan Mengandung , kenapa lama sangat kita bertindak. Pada masa yang sama kita tidak boleh menunding jari kepada sesesiapa yang salah atau betul.
Ini adalah satu pengajaran untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment