Ketua Polis Negeri Sarawak, Datuk Mohd. Salleh berkata pihak polis telah mula membuat siasatan atas tragedi dua murid Penan yang di rogol oleh perkerja-perkerja balak mengibatkan wanita itu hamil dan juga telah melahirkan seorang anak. Kedua-dua murid penan adalah penuntut di sekolah menengah di Baram walaupun simangsa itu belum membuat laporan rasmi atau aduan kepada mana-mana Balai Polis berdekatan.
Ini adalah semua gara-gara menumpang kereta perkerja kayu balak dan malang juga tidak berbau.
Kisah mereka berdua ini di gempar-gempur oleh " NGO, Bruno Manser Foundation" dan laporan ini telah mengemparkan ahli politik, NGO dan kerajaan negeri.
Untuk mengetahui hal-hal dan peristiwa yang sebanarnya berlaku dan kita serahkan kes ini kepada Polis untuk membuat siasatan rapi dan terperinci.
Sikap menuding jari kepada sesiapa patut dihentikan. Cabar mencabar antara parti pembangkang , NGO dan kerajaan jangan dipanjangkan bahawa " nasi sudah menjadi bubur ".
Inilah masanya kita memberi bantuan kaunselling kepada simangsa rogol dan Kementerian Wanita & Keluarga juga dapat memainkan peranan seperti kebajikkan dan bantuan moral.
1 comment:
Pada pendapat saya, Gadis Penan ini pada lain kali pelu berhati-hati semasa ingin menaiki kereta kayu balak. Kalau mereka ajak naik, kita perlulah menolaknya kerana mereka ialah orang asing. Pihak polis perlu mengambil tindakan segera untuk menyiasatnya bagi membela nasib gadis kaum penan ini. Pekerja Kayu balak ini perlulah diberi hukuman yang setimbalnya kalau mereka telah melakukan kesalahan yang besar ini. Saya amat mengkagumi Menteri Pembangunan, Wanita dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen yang mengambil berat terhadap isu ini dan diharapkan isu ini dapat diatasi dengan baik dan secepat mungkin.
Post a Comment