Monday, October 6, 2008

Tiada Tanah Rakyat DIRAMPAS !!!!!!!!!!!

Rakyat di negeri ini dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya atau terpengaruh dengan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung pengambilan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik mereka oleh pihak kerajaan.
Terbaca akhbar Utusan Borneo 7/10/2008 saya amat kagum dengan Kata-kata Timbalam Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu boleh kita ambil sebagai JAMINAN kepada semua pemilik NCR dan Kerajaan tidak pernah mengambil tanah NCR milik rakyat sewenang-wenangnya sebaliknya akan membayar pampasan kepada pemilik tanah sekira tanah tersebut digunakan untuk pembangunan yang sudah tentu memberi kesenangan kepada semua juga.

( Renungan: Isu NCR boleh dikata sensitif dan banyak kes-kes dibawa ke Mahkamah, contoh satu kes di kawasan Lasi-Julau )
Kepada pemilik NCR, sila gunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan hak milik anda.

No comments: