Monday, October 19, 2009

16 Sept -Cuti Umum Setiap Tahun

KOTA KINABALU, 19 Okt (Bernama) -- Pengumuman cuti umum bagi seluruh negara sempena Hari Malaysia yang diraikan pada 16 Sept setiap tahun disambut baik oleh kalangan pemimpin serta masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Ketika mengumumkan perkara itu di Dewan Rakyat Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

Hari Malaysia akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia, kata Najib.

(sumber :http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=448021)

No comments: