Monday, October 19, 2009

Menjelang Sidang DUN Perak


Ingatan PM pada pembangkang menjelang sidang DUN Perak 28 Oktober

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan wakil rakyat pembangkang di Perak bahawa mereka tidak mempunyai sebab untuk mengganggu perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan pada 28 Oktober ini kerana ia dibuat mengikut peraturan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang sah di sisi undang-undang.Serentak dengan itu Perdana Menteri mahu mereka mengakui hakikat bahawa pertukaran kerajaan negeri Perak pada bulan Februari lepas adalah disebabkan oleh 'permainan' yang dimulakan oleh pihak pembangkang sendiri dengan ‘mencuri’ seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional.Katanya walaupun juga ada proses undang-undang yang belum selesai tetapi pihak pembangkang mesti hormati keluhuran perlembagaan negara dan ini sudah ditentukan.Najib menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di Ipoh Ahad.Rabu lalu Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Tronoh V.Sivakumar yang masih mengaku diri sebagai Speaker DUN Perak, mengeluarkan satu kenyataan media yang mengatakan beliau sudah mengeluarkan notis memanggil sidang DUN kepada 49 ADUN pada tarikh itu, sedangkan Speaker DUN Perak Datuk R.Ganesan sudah mengeluarkan notis yang sah lebih awal.

(sumber: agendadaily)

No comments: