Tuesday, October 13, 2009

Seminar Perihal Tanah : Zon Tengah


( Peserta-peserta Dari Kawasan DUN Daro - Tr. Rentap, Ketua Kampung Hj. Hassan & Wahab)

( Peserta-peserta dalam sesi Forum 1 - Dasar Tanah )

( Dari Semop, Tn. Hj. Kolam & Dari Meradong , Kapitan Wong

( Peserta Dari Meradong : Sukarelawan JASA Tr. Rami & Tr. Empin )

( Dari Meradong, Kapitan Pn Lau, Kapitan Chan & Kapitan Wong )

Seramai 400 orang yang terdiri daripada Wakil-wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Masyarakat, Wakil-wakil dari Agensi Kerajaan, Tuai-Tuai Rumah, Kapitan-kapitan Cina menyertai 2 hari Seminar Perihal Tanah, Zon Tengah bertempat di RH Hotel Sibu yang dirasmikan oleh YB Datuk Amar Awg. Tengah Bin Ali Hasan pada 12/10/2009
Objektif Seminar adalah bertujuan:
1. Untuk meningkat kefahaman terhadap kedinamikan dasar tanah Kerajaan Negeri dikalangan pelbagai pihak yang berkepentingan bagi membantu melicinkan pelaksanaan agenda pembangunan negeri.
2. Untuk menyebarkan pemikiran semasa mengenai proses, tatacara dan pentadbiran tanah serta mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada para peserta dan
3. Untuk mendapatkan cadangan-cadangan daripada perserta mengenai isu dan cabaran perihal perlasksanaan dasar tanah.
Sepanjang dua hari Seminar 5 Kerja Kerja dibentang.
1) Kertas Kerja 1: Konsep Baru Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (HAB) Isu & Cabaran oleh En. Wilfred Joly (wakil Setiausaha Tetap Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak)
2) Kertas Kerja 2: Evolusi Dasar Tanah Negeri: Mentransformasikan Lanskap Negeri Sarawak oleh Ybhg. Datu Sudarsono Osman, Pengarah Jabatan Tanah & Survei Sarawak
3) Kertas Kerja 3: Undangan-undang dan Peraturan-peraturan Yang Mentadbir Dasar dan Pentadbiran Tanah Di Sarawak oleh En. Francis Johen Adam, wakil Peguam Besar Negeri Sarawak.
4) Kertas Kerja 4: Hak Adat Bumiputera (HAB): Pengiktirafan, Status, Urusniaga, Pengambilan Balik dan Pembayaran Pampasan oleh En. Thomas Akin, wakil Penasihat Undang-undang Negeri
5) Kerta Kerja 5: Peraturan-peraturan Hutan (Ladang Hutan), 1997: Isi-isu yang berkaitian dengan perlesenan ladang hutan oleh Ybhg. Datu Hj. Len Talis Sallaeh, Pengarah, Jabatan Hutan Sarawak.

No comments: