Sunday, February 15, 2009

Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia










Bintangor, (14/2/2009)

Kerajaan Negeri Sarawak telah melancar sambutan Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia pada 22 Julai 2008 dan juga telah menetapkan sambutan ini turut di raikan di semua daerah seluruh Sarawak. Tujuan utama perayaan ini adalah untuk merai dan mengimbas kembali pembangunan pesat yang telah dicapai semenjak merdeka dan menerangkan rancangan pembangunan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan di masa akan datang. Disamping itu fokus utama juga adalah mempereratkan lagi hubungan pelbagai kaum dan masyarakat di Daerah Meradong dalam mengorak langkah kearah pembangunnan bersama.
Oleh yang demikian berbagai program serta aktiviti telah dan akan diadakan bermula 31 Januari 2009 hingga 21 Februari 2009 antara lain terdiri dari perarakan tanglung, pemeran pembangunan, program sukan, sosial dan juga kebudayaan. Program ini dirancang bagi membolehkan seramai mungkin penyertaan dari Masyarakat di daerah Meradong bagi mempertingkan lagi semangat kekitaan di antara masyarakat tempatan.
Majlis 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia di rasmikan oleh YB Dato Sri Mohd. Asfia Bin Hj. Awg. Nasar (Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak merangkap ADUN N. 36 Semop) dan juga turut hadir bersama di Majlis adalah YB Puan Hajah Norah Binti Tun Abd. Rahman (Ahli Parlimen P 206 Tanjung Manis), YB Encik Ding Kuong Hiing (Ahli Parlimen P 208 Sarikei), YB Encik Abuseman Bin Jahwie (ADUN Jemoreng), YBhg. Puan Felicia Tan ( Timbalan Resident Bahagaian Sarikei), En. Junaidi B. Mohd. Mohidin (Pegawai Daerah Meradong), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Masyarakat, Sekolah-sekolah dan Pertubuhan-pertubuhan.

No comments: