Wednesday, February 11, 2009

Karpal enggan wakili Mohammad Nizar

Karpal enggan wakili Mohammad Nizar
PUTRAJAYA: Peguam veteran Karpal Singh hari ini berkata beliau tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang baru adalah batal dan tidak sah.Katanya beliau tidak mahu bersama-sama dalam pasukan itu kerana pandangan beliau dengan pandangan pasukan Mohammad Nizar (pasukan Pakatan Rakyat) adalah berbeza.Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP berkata demikian semasa ditanya pemberita semasa ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini sama ada beliau akan mewakili Mohammad Nizar dalam perkara itu.

(

No comments: