Sunday, February 22, 2009

SALCRA majukan Rakyat


KATA JABU " KALAU BOLEH SAYA HENDAK AJAK SEMUA PEMIMPIN PARTI PKR YANG PETAH BERCAKAP MENDAKWA SALCRA GAGAL MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT DAN MERAMPAS TANAH NCR AGAR HADIR PADA HARI INI UNTUK MENYAKSIKAN MAJLIS INI. MAJLIS YANG KITA ADAKAN HARI INI MEMBUKTIKAN BAHAWA TUDUHAN PARTI PEMBANGKANG SELAMA INI ADAHLAH TIDAK BENAR"

(sumber: Borneo Post)
Kerajaan menerusi Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah membayar sejumlah RM295 juta wang dividen kepada 16000 peserta daripada 18 estet seluruh Sarawak sejak ia beroperasi pada tahun 1986. Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata, ini menunjukkan SALCRA telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi pemilik tanah terbiar terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman.

Katanya, ia sekali gus menangkis dakwaan parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa SALCRA gagal meningkatkan taraf hidup rakyat serta merampas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik rakyat.

Jabu yang juga Menteri Pembangunnan Luar bandar berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah di Bahagian Betong dan Penyerahan Surat Hak Milik Tanah kepada peserta projek SALCRA di Dewan Serbaguna Ladang Kelapa Sawit SALCRA Roban Selatan, semalam.

Dalam majlis itu, Jabu yang juga Pengerusi SALCRA menyampaikan wang dividen sejumlah RM14.43 juta dari empat estet dalam kawasan wiliyah Saratok iaitu Roban Selatan, Roban Utara, Saratok dan Saribas untuk 2008.

Pada masa sama Jabu juga menyerah 1192 surat Hak Milik Tanah daripada 98 Rumah Panjang dan Kampung kepada peserta SALCRA di Wiliyah Sarawak.

Disamping itu, beliau turut diberi pengormatan menyampaikan wang pampasan berjumlah lebih RM731,000-00 kepada 112 pemilik tanah di kawasan itu.

Justeru, beliau menasihati para penduduk terutamanya yang tinggal di pendalaman agar menepis segala dakwaan berhubung projek penanaman kelapa sawit demi kebaikan diri mereka."Jangan termakan hasutan daripada pihak yang kurang bertanggungjawab sekiranya mereka meracuni fikiran anda supaya jangan menyertai SALCRA' ujarnya.

Majlis itu adalah anjuran bersama Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong dan SALCRA Sarawak.

No comments: