Kerajaan Barisan Nasional Perihatin:
Jabatan Pertanian Daerah Meradong dan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Meradong telah memberi bantuan percuma kepada petani, pesawah dan pekebun kecil dalam bentuk racun perosak serangga dan baja untuk mengurangkan membeban pekebun-pekebun. Selain dari memberi racun perosak serangga dan baja Jabatan Pertanian juga memberi benih-benih sayuran-sayuran untuk ditanam dikawasan rumah-rumah masing.
Mengikut En. Wargo Ikau, Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan Meradong bahawa tiap-tiap hari memang ada petani-petani datang ke Pejabat untuk mengambil bantuan kerajaan. En. Wargo Ikau juga mengalakkan semua penduduk-penduduk menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Meradong untuk menikmati bantuan subsidi kerajaan.
No comments:
Post a Comment