Monday, October 3, 2011

|

Chua Soi Lek tegur Najib, beri ruang rakyat menyuarakan pendapat, jangan berpura-pura

WarkahDaily – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu kerajaan Barisan Nasional memberi ruang yang lebih luas kepada rakyat untuk bertentangan pendapat dengan kerajaan sekarang (BN). Ini semua katanya, rakyat sekarang sudah jauh lebih matang, lantang dan aktif dengan kesedaran politik yang tinggi berbanding sebelum ini.

Maksud lain, Chua mahu pemimpin Umno-BN lebih ‘gantleman’ dan tidak lagi memaksa rakyat berada di abad kuno semata-mata mahu rakyat hanya menerima pakai idea yang dilontarkan pemimpin Umno-BN sahaja tanpa mengambil kira pendapat rakyat yang mahukan keadilan dan kebebasan.

Malahan, sekarang bukan lagi zaman memaksa sesiapa untuk memberi sokongan 100% kepada penguasa. Bukan mustahil, ada yang tidak bersetuju dengan apa yang dibawa oleh penguasa. Oleh itu, kerajaan perlu bersedia untuk menghadapi situasi itu. Bukan menekan, mendesak, menahan dan menembak dengan air kimia sebagai balasan tidak menyokong kerajaan BN.

Dipetik dari Free Malaysia Today, Chua Soi Lek berkata, kerajaan perlu sediakan saluran yang lebih luas kepada rakyat untuk bertentangan pendapat dengan kehendak BN.

“Sebagai pemimpin, kita mestilah bersedia mendengar. Ahli politik tidak sepatutnya berpura-pura yang mereka mengetahuinya (semuanya).

“Oleh yang demikian, MCA ingin mencadangkan pihak berkuasa menentukan tempat dan laluan untuk mereka berarak dan permohonan permit (diluluskan) mesti telus.

“Pihak polis pula perlu diletakkan untuk mengawal trafik dan penganjur mestilah memastikan demontrasi berlangsung dengan aman tanpa mengancam nyawa dan merosakkan harta awam,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung tahunan MCA ke 58 di Kuala Lumpur semalam.

Perdana Menteri yang juga Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pemimpin tertinggi BN yang hadir dan pandangan Chua itu dilihat terarah (teguran) kepada beliau sebagai ‘leader’ dalam BN. Beliau hadir bagi merasmikan perhimpunan agung berkenaan.

Polis bukan untuk menyepak, menendang, menyebur air kimia ke arah rakyat yang bertentangan pendapat dengan penguasa tetapi pihak polis perlu lebih relevan, dengan mengawal trafik supaya demontrasi dapat berjalan dengan aman dan bukannya polis cuba melakukan sabotaj, provokasi murahan agar keadaan lebih merumitkan dan huru-hara.

Dr Chua berkata, tranformasi politik perlu menjangkaui perpaduan politik, politik kecam mengecam dan perkauman sempit.

( sumber:http://warkahdaily.blogspot.com/2011/10/chua-soi-lek-tegur-najib-beri-ruang.html)

No comments: