Ketua Menteri P. Pinang tidak wajar terus salahkan media
JOHOR BAHRU 30 Sept. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak wajar terus menyalahkan media tempatan yang didakwa sengaja memutarbelitkan kenyataannya dalam satu temu bual dengan media asing di Singapura, sebaliknya mengakui kesilapan yang dilakukan.
Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak berkata, temu bual yang dibuat oleh Guan Eng itu bukan sahaja dilaporkan oleh media arus perdana yang disifatkanya 'media Barisan Nasional (BN)' malah turut terdapat dalam kebanyakan blog.
"Media melaporkan sesuatu berita itu berdasarkan fakta dan tidak akan melaporkannya sehingga kesahihan berita itu terbukti benar.
"Justeru, beliau (Guan Eng) tidak seharusnya menyalahkan media semata-mata untuk menutup kelemahan dan kesalahan yang dilakukan olehnya itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Mengulas permohonan maaf Guan Eng kepada Sultan Johor hari ini, beliau berkata, pemimpin tersebut seharusnya membuat permohonan maaf secara lebih berhormat.
(sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm)
No comments:
Post a Comment