Friday, October 7, 2011

‘Mustahil Anwar mampu lakukan aksi fitnah’




KUALA LUMPUR: Pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland mengesahkan keupayaan fizikal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu untuk melakukan aksi seks seperti didakwa dalam kes Fitnah II.

Dr Hoogland yang berketurunan Belanda berkata Anwar tidak mampu untuk melakukan gerakan berulang ke depan dan ke belakang dengan pinggangnya yang cedera kerana ia akan “mengakibatkan sakit belakang yang teruk kepada Anwar”.

Sewaktu ditanya Sankara bagaimana beliau membuat kesimpulan itu, Dr Hoogland berkata sebagai pakar tulang belakang pendapatnya adalah berdasarkan pemeriksaannya terhadap Anwar dan juga imbasan MRI terhadap Anwar.

“Jika Anwar menggunakan pinggulnya ..dan kita ambil kira perlakuan seks (yang didakwa), amat-amat mustahil yang beliau boleh melakukannya berdasarkan pemeriksaan terhadap Anwar dan juga dapatan dari MRI, adalah mustahil untuk lelaki seusia beliau melakukannya,” kata Dr Hoogland pagi tadi.

Beliau juga bersetuju Anwar tidak mampu melutut di atas permaidani dengan kecederaan tulang belakangnya.

Dr Hoogland adalah pakar tulang Jerman berketururnan Belanda yang membedah tulang belakang Anwar pada tahun 2004 di Munich, Jerman.

Beliau sekali lagi memeriksa Anwar pada 8 September lalu dan semalam mengesahkan bahawa selepas pembedahan dilakukan terhadap Anwar, beliau sudah mampu berjalan.

Namun katanya, Anwar masih lagi mengalami artritis pada beberapa tulang belakangnya, mengalami pergerakan terhad dan juga mengalami kerosakan saraf akibat serangan polis pada tahun 1998.


(sumber: http://www.keadilandaily.com/mustahil-anwar-mampu-lakukan-aksi-fitnah/)

No comments: