Tuesday, October 11, 2011

Subsidi Kerajaan bakal Dihapuskan - Tuan Ibrahim.

10 Oct 2011 1:17PM

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Subsidi yang merupakan antara keperluan rakyat Malaysia pada masa kini bakal dihapuskan setelah BN kekal berkuasa selepas PRU13.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri kelmarin hanya sekadare melalaikan rakyat agar terus mengundi BN pada Pilihanraya Umum akan datang.

“Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU-13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU-13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau turut mensasarkan Kerajaan BN selepas PRU 13 bakal memperkenalkan sistem percukaian baru yang seterusnya menghapuskan serta merta subsidi yang dinikmati rakyat.

Tuan Ibrahim cuba memperkukuhkan pandangannya dengan mempersoalkan tindakan Kerajaan menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana dengan membentangkan bajet defisit 4.7 peratus bagi tahun depan.

“Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian kemungkinan besar beban 6 peratus cukai telefon pra-bayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU-13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU-13,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata ‘bajet morfin’ BN itu bersifat kesenangan sementara, manakala kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morphine hilang.


( sumber: http://www.klpos.com/news/2011/10/10/3.html )

No comments: