Thursday, July 21, 2011

DAP King Control, PAS Di Control!

KAHWIN SONGSANG ! DAP King Control, PAS Di Control!


Segala cerita dan maklumat yang kita terima tentang perhubungan songsang di antara PAS dan DAP adalah benar. Dan ianya keluar sendiri dari mulut pemimpin PAS itu sendiri!

Rujuk di bawah :-
KUALA TERENGGANU 20 Julai – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengakui hubungan Pas dan DAP ‘bukan satu ikatan yang kuat’ meskipun ada pihak mendakwa parti itu terpaksa tunduk kepada DAP berhubung isu larangan premis hiburan di Kedah.


Harun menjelaskan, hakikatnya Pas dan DAP sekadar bergabung dalam satu pakatan pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara.

Ini kerana, menurut beliau, walaupun dalam pakatan yang sama, Pas dan DAP adalah dua parti yang berbeza.

“Pas dan DAP ‘bukan satu ikatan yang kuat’, maknanya ia (kedua-dua parti) belum jadi satu parti. Masing-masing ada partinya sendiri dan mereka (DAP) berhak untuk bersuara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau diminta mengulas pendirian Pas yang dikatakan terpaksa tunduk kepada DAP sehingga menarik balik keputusan melarang premis hiburan daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan di Kedah.
Akan tetapi, alasan kepada penarikan keputusan 'keputusan melarang premis hiburan' itu sungguh mengaibkan dan berunsurkan pembohongan yang nyata!

Yang sedihnya kerana putar belit itu keluar dari mulut seorang berjawatan Ketua di Dewan Ulama PAS!


Harun Taib mendakwa bahawa pendirian itu berubah setelah mengambil aspek Perlembagaan. Pihak PAS juga kononnya baru mahu membuat 'kajian dengan terperinci'.


Inilah masaalahnya apabila kepimpinan PAS hanya tahu hentam sembarang sahaja apabila membuat keputusan. PAS Kedah tidak menggunakan akal untuk mengkaji dahulu isu premis hiburan itu.

Dan apabila DAP gertak sedikit sahaja, pemimpin-pemimpin PAS panik takut dan jelas tunduk kepada perintah parti DAP!


MiM tidak pasti siapa lagi yang mahu ditipu oleh kepimpinan PAS tentang lakonan songsang bersama DAP. Bukti sungguh jelas. DAP memerintah kepimpinan PAS!

Tetapi MiM pasti sudah ramai yang terbuka mata dan percaya PAS sudah jauh menyimpang dan akur di telunjuk DAP!


MALU!

Sumber:http://novandri.blogspot.com

No comments: