Tuesday, July 26, 2011

PELACUR BERSAMA PAS SERTAI PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0

PELACUR BERSAMA PAS SERTAI PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0




Setelah genap seminggu Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 diadakan di Kuala Lumpur sehingga mengorbankan seorang ahli PKR, Baharuddin. Bagaimanapun, kematian Baharuddin itu telah berjaya diekploitasi pembangkang kononnya kematian itu disebabkan keganasan polis.

Dalam tempoh seminggu itu, pelbagai cerita sensasi telah diwar-warkan Pakatan Pembangkang bermula kecederan Anwar Ibrahim, layanan polis terhadap tahanan, kecederaan Mat Sabu dan pelbagai macam lagi kejadian sehingga kepada penemuan terbaru peguam yang mewakili PAS bahawa ‘pelacur pun sertai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0.’


Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat PELACUR yang mengambil cuti untuk menyertainya.

"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.


"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

Berita terbaru itu ternyata tidak sesekali mengejutkan kerana ‘pelanggan’ terkemuka juga turut serta dalam perhimpunan haram itu sehingga dikatakan cedera teruk akibat disepak dan dipijak peserta perhimpunan haram itu.

Sokongan pelacur ke atas perhimpunan haram itu dipercayai ada hubung kaitnya dengan kes video pelacur China yang ketika ini hangat diperkatakan. Umum mengetahui kes video pelacur China itu telah berjaya melonjakkan kepopularan pelacur China itu. Tidak dinafikan juga, video itu telah membuatkan ramai pelacur China dan pelacur tempatan untuk turut sama menyertai perhimpunan haram bagi menarik perhatian Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS yang lain.

Pendedahan peguam PAS itu sangat tidak mengejutkan dan pastinya ada di antara pemimpin PAS dan PKR yang menjadi pelanggan pelacur itu selepas ini setelah mendapat promosi percuma daripada Perhimpunan Haram BERSIH 2.0.
(sumber: http://cetusankenyalang.blogspot.com)

No comments: