Tuesday, July 26, 2011

TIDAK MENERIMA KEPUTUSAN

KELUARGA TEOH BENG HOCK TIDAK MENERIMA KEPUTUSAN SURUHANAJAYA DI RAJA



Walaupun perrmintaan keluarga Teoh Beng Hock yang meminta Perdana Menteri menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock dalam mendapatkan perbicaraan yang adil, namun semuanya tidak juga membuatkan keluarga Teoh Beng Hock berpuas hati.

Isteri Teoh Beng Hock, Soh Cher Wei menganggap keputusan Suruhanjaya Di Raja telah memberikan harapan palsu kepadanya selama beberapa bulan ini bagi mendapatkan jawapan bahawa Teoh Beng Hock mati dibunuh.

"Terima kasih kepada Suruhanajaya Di Raja kerana membiarkan saya dibuai mimpi untuk selama beberapa bulan. Sekarang selepas ditampar (dikejutkan), sekarang masa untuk bangkit,” katanya dalam SMS kepada media”.


Selain Soh Cher Wei, ibu Teoh Beng Hock, Teng Huw Hoi juga menolak hasil siasatan dan keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, bahawa kematian anaknya berpunca daripada bunuh diri.

Teng Huw Hoi tetap menyatakan bahawa Teoh tidak membunuh diri atas alasan anaknya itu seorang yang baik.

"Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri," katanya.

Itulah perangai keluarga Teoh Beng Hock yang tidak habis-habis menggunakan kematian Teoh Beng Hock untuk meraih publisiti. Sebaliknya keluarga ini langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri dalam menubuhkan Suruhanjaya Di Raja yang membabitkan wang rakyat bernilai jutaan ringgit.

Sumber:http://cetusankenyalang.blogspot.com/

No comments: