Thursday, July 21, 2011

Letakkan anjing jadi calon PRU 13 pun boleh menang - DAP..!!!

Panasss..!!! Letakkan anjing jadi calon PRU 13 pun boleh menang - DAP..!!!


DAP memang biadap! Sejak parti itu lahir, sememangnya DAP tidak pernah punya rasa hormat pada orang Melayu, Ketuanan Melayu, Raja-Raja Melayu dan Islam. Biadapnya mereka itu berasal dari sejak turun menurun lagi, bagaikan mereka sudah sebati dengan sifat biadap itu.

Pada saya, sekiranya saya ada di sebelah Tunku Abdul Rahman dahulu, saya akan menggesa beliau memberikan hak kewarganegaraan kepada kaum Cina yang menyertai MCA dan kaum India yang menyertai MIC sahaja. Hanya Cina MCA dan India MIC sahaja yang hormat pada hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Tan Cheng Lock dan Sambathan ketika itu sedar diri mereka. Mereka tahu diri dan tahu berterima kasih. Sejarah menukilkan bahawa Tunku pada asalnya mahu menghantar saja semua bangsa Cina dan India pulang ke negara masing-masing. Namun, setelah dirayu, sosial kontrak dan jus soli dipersetujui, maka mereka dibenarkan berkongsi hidup di sini.

Namun, yang menjadi masalahnya ialah DAP yang menjadi petualang negara Melayu ini dan menghasut kaum Cina negara ini untuk tidak lagi menghormati Melayu, hak-hak Bumiputera, DYMM Yang DiPertuan Agong dan Islam sebagai agama rasmi negara.

18 Julai yang lalu, akhbar Cina, Nan Yang Siang Pau melaporkan bahawa DAP menyatakan sekiranya meletakkan seekor anjing sekali pun sebagai calon PRU ke-13 mewakili mereka, pasti anjing itu akan menang.

Sikap apakah yang cuba ditonjolkan DAP dalam isu ini? Menyifatkan orang Melayu sebagai lebih hina dari anjing? Menyifatkan calon BN lebih hina dari anjing? Atau DAP menyifatkan calon-calon mereka memang anjing? Inilah bukti jelas kebiadapan DAP.

DAP inilah yang sedang diampu oleh Anwar Ibrahim. Anwar tahu, PKR tidak kuat. Pemilihan parti tempohari pun menyaksikan PKR sememangnya rapuh dan huru-hara. Sebab itulah PKR bergantung pada DAP.

PAS pula makan hati berulam jantung terhadap DAP. Kononnya sabar atas dasar "tahaluf siyasi Pok Nik"! Padahal, tahaluf siyasi ala-ala Pok Nik tu talaluf bodoh namanya. Tahaluf siyasi yang berpandukan Islam sentiasa menguntungkan Islam itu sendiri. Tapi tahaluf siyasi PAS dengan DAP merugikan Islam..!!!

Pada saya, hanya BN sahaja yang seimbang. Dengan diketuai oleh UMNO, MCA dan MIC bertoleransi, bersyura dan berbincang mengenai kestabilan negara secara seimbang dan menyeluruh. Jika BN tidak mampu, masakan BN mampu mengemudi Malaysia ke tahap hebat begini dan terkenal seluruh dunia!

Cuba lihat negeri-negeri di bawah Pakatan Haram. Dasarnya hancur! Sekejap boleh, sekejap tak boleh. Dasar PAS dihalang secara total. Dasar DAP dilaksanakan dengan penuh konstroversi dan dasar PKR hanya sekadar pak turut! Itukah mereka-mereka yang nak memimpin Malaysia? Anda bayangkan sendiri...

Sumber: Nukilan aku di myKMU.net

sumber: http://dukeofumno.blogspot.com/

No comments: