Wednesday, July 6, 2011

HARAM BERSIH 2.0

HARAM 2.0: SENATOR DEWAN NEGARA PERSOAL S. AMBIGA TIDAK SERAH MEMORENDUM SEMASA MENGHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG







Semalam S. Ambiga pengerusi pertubuhan Haram BERSIH 2.0 telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi membincangkan mengenai cadangan mereka untuk mengadakan perhimpunan haram.

Lebih kurang 2 jam di Istana Negara, S. Ambiga telah mengumumkan bahawa perhimpunan itu tetap akan diadakan cuma tempat perhimpunan akan ditukar. Ini adalah selaras dengan saranan Yang di-Pertuan Agong yang bertitah bahawa perhimpunan haram yang dijadualkan diadakan di jalan raya di Kuala Lumpur akan menyebabkan banyak kesan negatif.

Sementara itu, sebelum ini S. Ambiga menyatakan perhimpunan itu bertujuan menyampaikan memorendum mengenai 8 tuntutan mereka mengenai pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, persoalan di sini kenapa S. Ambiga tidak mengambil peluang perjumpaan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong bagi menyampaikan memorendum tersebut?

Nampaknya di sini, tujuan menyampaikan memorendum ini adalah sebahagian daripada lakonan S. Ambiga yang mempunyai maksud tersirat dalam perhimpunan haram itu.
Sememangnya haram itu tetap haram…

Read more: http://cetusankenyalang.blogspot.com/#ixzz1RMy8RFln

No comments: