Monday, August 15, 2011

Mismah

AKHIRNYA MISMAH MENGAKU BELIAU DI POPULARKAN OLEH PAKATAN HARAM !!!


Mismah bersama Noh menunjukkan kad pengenalan dan sijil kewarganegaraan Malaysia pada sidang media di Sungai Buloh,semalam.

Mismah Naim yang menimbulkan kontroversi apabila didakwa memperoleh kerakyatan Malaysia dalam tempoh empat jam selepas mendapat status penduduk tetap menyuarakan rasa kesal kerana pihak Pakatan Haram yang tidak berusaha mencari kebenaran sebelum membuat tuduhan.Ibu empat anak berusia 47 tahun itu berkata,dia berasa sedih dengan tindakan Pakatan Haram dan pada masa sama terkilan kerana hanya namanya yang dibangkitkan oleh pembangkang walhal ramai lagi yang dikaitkan dengan isu berkenaan.

Menurut Mismah,dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak melayan atau mempedulikan tuduhan berkenaan setelah dimaklumkan mengenai kontroversi tersebut kerana mendakwa,dia sangat faham dengan sikap Pakatan Haram di negara ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgnHDkI82LWkNvbTC4pBPz5IQYLU2HOUw86KSAZjjQWb990zm2OHVkGgXvEyDYNvCxXrjC8-OrdFVDe00iCf5AExl10s_yVLYKc_KqEb81mK29-09SXMcRgGlexRvqS8ORTHhCwbfr34qw/s400/DIN+PUDU+MISMAH.png

"Saya dan suami,Mawasi Mawardi,telah dua kali berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak 29 tahun tinggal di sini namun hanya saya diberikan status warganegara.Malah,kami langsung tidak mendapat bantuan mana-mana pihak termasuk UMNO dan kami telah melalui proses yang agak sukar sama seperti yang dilalui oleh penduduk tetap lain yang mahu memohon status warganegara," katanya.

Mismah berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,Datuk Seri Noh Omar di kediamannya di Desa Coafields.Sementara itu,anak sulung Mismah,Shuhaifah Mawasi,berkata,dia kecewa kerana usaha ibunya selama 29 tahun untuk menjadi warganegara Malaysia dijadikan isu politik oleh Pakatan Haram.Katanya,dia turut mengambil pendekatan tidak mahu ambil kisah apabila isu mengenai ibunya itu dijadikan modal politik pembangkang kerana tahu ibu dan bapanya tidak pernah menggunakan cara mudah termasuk mendapatkan bantuan UMNO bagi mendapatkan status berkenaan.



Sumber: http://badutrakyat.blogspot.com/

Saturday, August 6, 2011



Sunday August 7, 2011

Bakeries, supermart doing their part to separate Golden Churn butter from halal products

By ZORA CHAN
zora@thestar.com.my


(sumber: http://thestar.com.my/news/story.asp?file)

KUCHING: A random check on several supermarkets and a bakery supplier shop in the city showed that traders have put up necessary measures to inform customers on the non-halal status of the Golden Churn Creamery Butter.

Although the product’s packaging still carried the halal logo, traders have either separated the butter using cardboards or plastic slates in between the product and others, and placed notices to indicate that the product is non-halal.

The Golden Churn Creamery Butter, certified halal by Accredited Islamic Bodies approved by Islamic Development Department (Jakim), was officially declared not halal by Assistant Minister in the Chief Minister’s Department (Islamic Affairs) Datuk Daud Abdul Rahman a few days ago in Sarawak after pig DNA was discovered in it.

The State Religious Department (Jais) initiated the test on the product sometime in May after they received many queries from the public who were doubtful of the product after they learned about similar case in Johor in April.

The latest finding led to the directive by Jais to all Muslim entrepreneurs, particularly those involved in Sarawak layered-cake or kek lapis making, to stop using the product and carry out samak according to Islamic teachings to purify their kitchen appliances and premises.

The product, being the most expensive in the market, was the preferred choice among a few big kek lapis manufacturers in the state.

The proprietor of a bakery supplier who asked not to be named said he immediately put a hand-written sign to inform customers that the Golden Churn Creamery Butter was not halal after he read news reports two days ago.

“I can’t get rid of my stock as this is an expensive product, so I just follow the authorities advice for all traders to inform the consumers that the butter is no longer halal.

“I’m still not sure how I should display the butter and it would be good if the authorities concerned can advice me on it,” he said.

Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism state director Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman said ideally traders should place all Golden Churn Creamery Butter on non-halal section or shelves in their supermarkets - away from other halal products.

“If they do not have a separate non-halal section, it’s alright to place those butter next to other products for the time being provided that there are notices or sign that clearly stating that the butter is not halal, and there is a barricade between the butter and other products,” he said when contacted.

Ahmad said he understood the predicament traders had to go through and conceded that it would take a few days for everyone to be better informed and adapt to the situation.

On Friday, Ahmad said traders must separate Golden Churn Creamery Butter from other halal dairy and cold storage products and place them in the non-halal zone with immediate effect and failing to do so would see a fine of RM100,000 or three years jail under the Trade Description Act.

Earlier, The Star reported that Austar Marketing Sdn Bhd, the importer of Golden Churn butter in Sarawak, had ordered non-halal stickers to be printed and to be pasted on products as a temporary measure if authorities insisted on its non-halal status.

Its managing director Tan Choo Meng said the company had imported about RM6mil worth of the butter for the coming Hari Raya festivities.

“This product is a very big part of our job. Golden Churn butter’s sales for the Hari Raya season is always between RM5mil and RM6mil a month. About 80% of the butter’s purchasers are from the Muslim community.”

He said how they moved forward in the issue rested on a meeting this Tuesday in Kuala Lumpur between his principal, Jakim and Jais.

Worse comes to worst, Tan said the unsold products, which have a short shelf life, would be re-exported to the peninsula, Singapore and Brunei, where they are deemed halal.



Lupakan impian jadi PM


Ketua Pembangkang dinasihat lupakan impian jadi PM

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihat supaya melupakan sahaja impian untuk menjadi Perdana Menteri kerana rakyat sudah bosan dengan tingkah laku beliau.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, rakyat sememangnya sudah menolak Anwar dan semakin meluat dengan cerita dongeng yang dijaja oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terutama dalam usahanya 'membersihkan diri' daripada pelbagai isu.

Menurutnya, adalah terlalu hina bagi sebuah negara bertamadun apatah lagi Malaysia, sebuah negara Islam memilih seorang pemimpin yang pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan berdepan dengan kes liwat.

"Anwar sewajarnya memberikan perhatian kepada keluarganya setelah beliau selama ini bergelumang dengan masalah moral yang menjijikkan.

"Anwar juga patut rasa malu untuk berdepan dengan masyarakat yang sudah tidak dapat lagi menerima beberapa siri pembohongan dan sandiwara politiknya,'' kata Syed Ali menerusi blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali berkata, Anwar perlu insaf bahawa orang Melayu menolak kehadiran beliau dalam politik setelah bertanggungjawab memecah belah perpaduan rakyat.

Anwar juga, ujar beliau, adalah orang yang bertanggungjawab mempelopori budaya politik kebencian dan dendam sebaik sahaja disingkirkan daripada UMNO dan kerajaan.

"Bermula daripada itu, Anwar mula membuat percaturan supaya orang Melayu berpecah dan menyokong bukan Melayu bersikap biadab mempertikaikan hak ketuanan Melayu dan institusi raja-raja Melayu,'' katanya.

Lagipun, kata Syed Ali, Anwar merupakan petualang yang tergamak memburuk-burukkan imej Malaysia di luar terutama di Barat dalam usaha beliau mengemis simpati masyarakat antarabangsa.

"Di luar negara, beliau berkomplot dengan media asing termasuk dalam kalangan Yahudi untuk merosakkan kestabilan ekonomi, budaya dan politik negara ini.

"Seorang pemimpin yang mempunyai harga diri dan sayangkan bangsanya tidak akan sanggup menghina bangsa dan tanah air sendiri.

"Namun, perbuatan khianat dan memburuk-burukkan Malaysia di luar sudah menjadi darah daging Anwar sehinggalah cita-cita 'Mat Jenin' beliau untuk menjadi Perdana Menteri tercapai," tegasnya.


(sumber gambar:http://kry-asmat.blogspot.com/2008)(sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/inf)

NGO bidas Anwar burukkan negara


NGO bidas Anwar burukkan negara






KUALA LUMPUR 6 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berterusan cuba memburukkan imej Malaysia di luar negara termasuk kenyataannya kepada sebuah akhbar di Filipina baru-baru ini bahawa demokrasi di negara ini kian terhakis.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Anwar seperti orang yang sudah hilang pedoman dan mempunyai masalah apabila bertindak sedemikian.

"Anwar sendiri bebas di dalam dan luar negara, jadi apa alasannya mengatakan demokrasi di Malaysia kian terhakis? Kes liwatnya dibawa ke ceramah-ceramah. Semua ini menghina mahkamah tetapi tiada tindakan diambil.

"Malah pembangkang sendiri menang beberapa negeri ketika pilihan raya umum. Apakah itu tanda demokrasi terhakis? Mungkin pada Anwar demokrasi akan wujud hanya bila kes liwatnya itu digugurkan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan terbaru Anwar itu yang turut mendakwa rakyat Malaysia tidak mendapat pilihan raya yang bebas ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada di Filipina baru-baru ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang turut mengecam tindakan Anwar itu berkata, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan pengkhianatan kepada negara.

"Beliau sendiri menikmati kedudukan tinggi di dalam politik hasil sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia. Amat tidak wajar seorang pemimpin sepertinya berkata demikian," katanya.

Katanya, tindakan Anwar itu telah menyebabkan rakyat Malaysia di luar negara mungkin sukar mencari rezeki kerana imej Malaysia yang telah buruk.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, tindakan Anwar itu menunjukkan beliau semakin terdesak kerana menyedari kedudukannya di dalam pakatan pembangkang yang sudah tidak selamat.

"Anwar cuba mengalih pandangan umum terhadap isu-isu peribadi yang dihadapinya. Namun rakyat Malaysia sedar bahawa apa yang dicapainya pada hari ini adalah kerana demokrasi yang diamalkan Malaysia," katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu bertegas terhadap sesiapa juga yang memburukkan atau menjatuhkan imej Malaysia di luar negara termasuk menyiasat sumber kewangan yang digunakan untuk melakukan aktiviti di luar negara.

( sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info)


Wednesday, July 27, 2011

DS Najib Diserang Perusuh Kuning ?

July 27, 2011

DS Najib Diserang Perusuh Kuning ?



10 orang termasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat yang dipercayai tuntutan BERSIH kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.


Dah tua menyusahkan orang.Tak malu ke pada budak budak yang ada kat situ? Biadap nak mampus. Mak bapak tak pernah hantar mengaji ke kecik kecik dulu? Main langgar je majlis orang lain. Biadap pembangkang ni semua.

Aku tahu kes ni mesti akan jadi zikir buat pembangkang lepas ni. Akan dimainkan 24 jam kononnya PM zalim, kononnya polis kejam. Tapi dorang ingat rakyat Malaysia ni bodoh macam pengikut dorang ke. Dah sahlah PM ada protokol dia sendiri. Ada kawalan keselamatan sendiri.

sumber: http://malaysiaheaven.blogspot.com/

Tuesday, July 26, 2011

PELACUR BERSAMA PAS SERTAI PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0

PELACUR BERSAMA PAS SERTAI PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0




Setelah genap seminggu Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 diadakan di Kuala Lumpur sehingga mengorbankan seorang ahli PKR, Baharuddin. Bagaimanapun, kematian Baharuddin itu telah berjaya diekploitasi pembangkang kononnya kematian itu disebabkan keganasan polis.

Dalam tempoh seminggu itu, pelbagai cerita sensasi telah diwar-warkan Pakatan Pembangkang bermula kecederan Anwar Ibrahim, layanan polis terhadap tahanan, kecederaan Mat Sabu dan pelbagai macam lagi kejadian sehingga kepada penemuan terbaru peguam yang mewakili PAS bahawa ‘pelacur pun sertai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0.’


Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat PELACUR yang mengambil cuti untuk menyertainya.

"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.


"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

Berita terbaru itu ternyata tidak sesekali mengejutkan kerana ‘pelanggan’ terkemuka juga turut serta dalam perhimpunan haram itu sehingga dikatakan cedera teruk akibat disepak dan dipijak peserta perhimpunan haram itu.

Sokongan pelacur ke atas perhimpunan haram itu dipercayai ada hubung kaitnya dengan kes video pelacur China yang ketika ini hangat diperkatakan. Umum mengetahui kes video pelacur China itu telah berjaya melonjakkan kepopularan pelacur China itu. Tidak dinafikan juga, video itu telah membuatkan ramai pelacur China dan pelacur tempatan untuk turut sama menyertai perhimpunan haram bagi menarik perhatian Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS yang lain.

Pendedahan peguam PAS itu sangat tidak mengejutkan dan pastinya ada di antara pemimpin PAS dan PKR yang menjadi pelanggan pelacur itu selepas ini setelah mendapat promosi percuma daripada Perhimpunan Haram BERSIH 2.0.
(sumber: http://cetusankenyalang.blogspot.com)

TIDAK MENERIMA KEPUTUSAN

KELUARGA TEOH BENG HOCK TIDAK MENERIMA KEPUTUSAN SURUHANAJAYA DI RAJA



Walaupun perrmintaan keluarga Teoh Beng Hock yang meminta Perdana Menteri menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock dalam mendapatkan perbicaraan yang adil, namun semuanya tidak juga membuatkan keluarga Teoh Beng Hock berpuas hati.

Isteri Teoh Beng Hock, Soh Cher Wei menganggap keputusan Suruhanjaya Di Raja telah memberikan harapan palsu kepadanya selama beberapa bulan ini bagi mendapatkan jawapan bahawa Teoh Beng Hock mati dibunuh.

"Terima kasih kepada Suruhanajaya Di Raja kerana membiarkan saya dibuai mimpi untuk selama beberapa bulan. Sekarang selepas ditampar (dikejutkan), sekarang masa untuk bangkit,” katanya dalam SMS kepada media”.


Selain Soh Cher Wei, ibu Teoh Beng Hock, Teng Huw Hoi juga menolak hasil siasatan dan keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, bahawa kematian anaknya berpunca daripada bunuh diri.

Teng Huw Hoi tetap menyatakan bahawa Teoh tidak membunuh diri atas alasan anaknya itu seorang yang baik.

"Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri," katanya.

Itulah perangai keluarga Teoh Beng Hock yang tidak habis-habis menggunakan kematian Teoh Beng Hock untuk meraih publisiti. Sebaliknya keluarga ini langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri dalam menubuhkan Suruhanjaya Di Raja yang membabitkan wang rakyat bernilai jutaan ringgit.

Sumber:http://cetusankenyalang.blogspot.com/

Pas semakin jahil

Tolak biometrik bukti Pas semakin jahil

KUALA LUMPUR 26 Julai - Tindakan Jawatankuasa Pas Pusat menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang, tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan bukti bahawa parti itu kini diterajui pemimpin juhala' (jahil).

Pada masa yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan pimpinan Pas bersikap terbuka dalam isu berkenaan juga membuktikan parti itu tidak ikhlas mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya, sebaliknya lebih gemar untuk bermain dengan isu.

"Sepatutnya dengar dulu penjelasan SPR mengenai kebaikan sistem biometrik berbanding dakwat kekal. Kalau Pas ikhlas mahu penambahbaikan sistem pilihan raya, kenapa mereka tidak mengambil sikap terbuka? Sokong atau sekurang-kurangnya dengar dulu, bukannya tolak mentah-mentah.

"Pada saya orang seperti Mohamad Sabu, (Datuk) Husam Musa, (Datuk) Mahfuz Omar patut lebih rasional dan terbuka kerana mereka ini dikatakan golongan profesional, terpelajar. Jangan mempolitikkan perkara ini sepanjang masa, sehingga orang ramai kata Pas kini telah berubah dari ulama kepada juhala'.

"Sepatutnya mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin masa hadapan Pas ini mencontohi keterbukaan (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu biometrik. Sekurang-kurangnya beliau sudi menerima penjelasan dan penerangan daripada SPR terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai Mohamad Sabu, menolak cadangan SPR berhubung perkara tersebut, tidak sampai 24 jam selepas Mursyidul Am parti itu membuat kenyataan menyokong langkah penggunaan biometrik.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

Sunday, July 24, 2011

PELACUR!!!

INI SATU LAGI CERITA PASAL PELACUR!!!


Korang jangan marah kalau pepagi buta lagi Semut cerita pasal Pelacur ni. Tapi inilah hakikat didalam politik hari ini. Pelacur pun dah masuk politik.

Lagi pun, label apa lagi kita nak bagi kepada mereka yang melacurkan perjuangan mereka sendiri kalau bukan pelacur?

Jadi memang betul la apa yang dinyatakan oleh Mantan Ketua Wira Perkasa ni mengenai Menteri Besar Badut yang selalu tergagap - gagap tu.

Kata Arman Azha Abu Hanifah, Menteri Besar Selangor tu sekarang ni kerap kali berkelakuan seperti seorang pelacur.


Semua kerana cadangan Kerajaan Negeri yang nak membina kawasan perumahan KHUSUS untuk pekerja - pekerja asing disekitar kawasan Petaling Jaya.

Kata Arman lagi, tindakan itu dilihat tidak adil kerana rakyat Negeri yang bekerja di Petaling Jaya terpaksa membeli rumah diluar dari kawasan tersebut.
“He (Khalid) has prostituted himself in his promises to the people,” he said, pointing out that even locals were having a hard time getting houses in Petaling Jaya.
Betul jugak apa yang dikatakan oleh Si Arman ni. Apa kelebihan yang ada pada pekerja - pekerja asing ni sampai diorang perlu diberi kawasan perumahan sendiri?

Itu satu masalah la. Dah la nak dibagi rumah, dibuat pulak dikawasan yang ada potensi untuk membangun.

Masalah perumahan rakyat sendiri pun tak selesai lagi, nak bagi rumah pada orang luar? Apa ke bongok sangat Si Khalid Gagap ni?


Dia nak buat perumahan untuk pekerja asing ke atau dia nak buat rumah untuk 'Pelacur' asing? Maklum la, sejak dia jadi Menteri Besar ni, rumah - rumah 'urut' kan dah semakin banyak di Selangor.

Hari tu, dia juga yang buat slogan kata nak Merakyatkan Ekonomi Selangor. Ini nak merakyatkan orang luar pulak, menda kejadahnya? Bercakap pun tergagap - gagap, pun dia nak menipu jugak ke? Tak sedar diri punya manusia!!!

Sumber: http://semuthitam80.blogspot.com/2011/07/ini-satu-lagi-cerita-pasal-pelacur.html

Jalan bogel-bogel

Sunday, July 24, 2011

Jalan bogel-bogel di negeri pemerintahan PAS dan kawan-kawan




Macam mana ni Hadi Awang, Tantawi, Tuan Ibrahim?

Syok lah PAS ganti UMNO gini kalau banyak peraduan bogel-bogel gini ye. Dulu masa Penang bawah BN tak ada, tapi bila bawah PAS dan kawan-kawan ada.

Hip Hip Hooray untuk PAS! We Love Abang Sabu!

Lagi gambar-gambar di sini.



Thursday, July 21, 2011

DAP King Control, PAS Di Control!

KAHWIN SONGSANG ! DAP King Control, PAS Di Control!


Segala cerita dan maklumat yang kita terima tentang perhubungan songsang di antara PAS dan DAP adalah benar. Dan ianya keluar sendiri dari mulut pemimpin PAS itu sendiri!

Rujuk di bawah :-
KUALA TERENGGANU 20 Julai – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengakui hubungan Pas dan DAP ‘bukan satu ikatan yang kuat’ meskipun ada pihak mendakwa parti itu terpaksa tunduk kepada DAP berhubung isu larangan premis hiburan di Kedah.


Harun menjelaskan, hakikatnya Pas dan DAP sekadar bergabung dalam satu pakatan pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara.

Ini kerana, menurut beliau, walaupun dalam pakatan yang sama, Pas dan DAP adalah dua parti yang berbeza.

“Pas dan DAP ‘bukan satu ikatan yang kuat’, maknanya ia (kedua-dua parti) belum jadi satu parti. Masing-masing ada partinya sendiri dan mereka (DAP) berhak untuk bersuara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau diminta mengulas pendirian Pas yang dikatakan terpaksa tunduk kepada DAP sehingga menarik balik keputusan melarang premis hiburan daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan di Kedah.
Akan tetapi, alasan kepada penarikan keputusan 'keputusan melarang premis hiburan' itu sungguh mengaibkan dan berunsurkan pembohongan yang nyata!

Yang sedihnya kerana putar belit itu keluar dari mulut seorang berjawatan Ketua di Dewan Ulama PAS!


Harun Taib mendakwa bahawa pendirian itu berubah setelah mengambil aspek Perlembagaan. Pihak PAS juga kononnya baru mahu membuat 'kajian dengan terperinci'.


Inilah masaalahnya apabila kepimpinan PAS hanya tahu hentam sembarang sahaja apabila membuat keputusan. PAS Kedah tidak menggunakan akal untuk mengkaji dahulu isu premis hiburan itu.

Dan apabila DAP gertak sedikit sahaja, pemimpin-pemimpin PAS panik takut dan jelas tunduk kepada perintah parti DAP!


MiM tidak pasti siapa lagi yang mahu ditipu oleh kepimpinan PAS tentang lakonan songsang bersama DAP. Bukti sungguh jelas. DAP memerintah kepimpinan PAS!

Tetapi MiM pasti sudah ramai yang terbuka mata dan percaya PAS sudah jauh menyimpang dan akur di telunjuk DAP!


MALU!

Sumber:http://novandri.blogspot.com

Letakkan anjing jadi calon PRU 13 pun boleh menang - DAP..!!!

Panasss..!!! Letakkan anjing jadi calon PRU 13 pun boleh menang - DAP..!!!


DAP memang biadap! Sejak parti itu lahir, sememangnya DAP tidak pernah punya rasa hormat pada orang Melayu, Ketuanan Melayu, Raja-Raja Melayu dan Islam. Biadapnya mereka itu berasal dari sejak turun menurun lagi, bagaikan mereka sudah sebati dengan sifat biadap itu.

Pada saya, sekiranya saya ada di sebelah Tunku Abdul Rahman dahulu, saya akan menggesa beliau memberikan hak kewarganegaraan kepada kaum Cina yang menyertai MCA dan kaum India yang menyertai MIC sahaja. Hanya Cina MCA dan India MIC sahaja yang hormat pada hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Tan Cheng Lock dan Sambathan ketika itu sedar diri mereka. Mereka tahu diri dan tahu berterima kasih. Sejarah menukilkan bahawa Tunku pada asalnya mahu menghantar saja semua bangsa Cina dan India pulang ke negara masing-masing. Namun, setelah dirayu, sosial kontrak dan jus soli dipersetujui, maka mereka dibenarkan berkongsi hidup di sini.

Namun, yang menjadi masalahnya ialah DAP yang menjadi petualang negara Melayu ini dan menghasut kaum Cina negara ini untuk tidak lagi menghormati Melayu, hak-hak Bumiputera, DYMM Yang DiPertuan Agong dan Islam sebagai agama rasmi negara.

18 Julai yang lalu, akhbar Cina, Nan Yang Siang Pau melaporkan bahawa DAP menyatakan sekiranya meletakkan seekor anjing sekali pun sebagai calon PRU ke-13 mewakili mereka, pasti anjing itu akan menang.

Sikap apakah yang cuba ditonjolkan DAP dalam isu ini? Menyifatkan orang Melayu sebagai lebih hina dari anjing? Menyifatkan calon BN lebih hina dari anjing? Atau DAP menyifatkan calon-calon mereka memang anjing? Inilah bukti jelas kebiadapan DAP.

DAP inilah yang sedang diampu oleh Anwar Ibrahim. Anwar tahu, PKR tidak kuat. Pemilihan parti tempohari pun menyaksikan PKR sememangnya rapuh dan huru-hara. Sebab itulah PKR bergantung pada DAP.

PAS pula makan hati berulam jantung terhadap DAP. Kononnya sabar atas dasar "tahaluf siyasi Pok Nik"! Padahal, tahaluf siyasi ala-ala Pok Nik tu talaluf bodoh namanya. Tahaluf siyasi yang berpandukan Islam sentiasa menguntungkan Islam itu sendiri. Tapi tahaluf siyasi PAS dengan DAP merugikan Islam..!!!

Pada saya, hanya BN sahaja yang seimbang. Dengan diketuai oleh UMNO, MCA dan MIC bertoleransi, bersyura dan berbincang mengenai kestabilan negara secara seimbang dan menyeluruh. Jika BN tidak mampu, masakan BN mampu mengemudi Malaysia ke tahap hebat begini dan terkenal seluruh dunia!

Cuba lihat negeri-negeri di bawah Pakatan Haram. Dasarnya hancur! Sekejap boleh, sekejap tak boleh. Dasar PAS dihalang secara total. Dasar DAP dilaksanakan dengan penuh konstroversi dan dasar PKR hanya sekadar pak turut! Itukah mereka-mereka yang nak memimpin Malaysia? Anda bayangkan sendiri...

Sumber: Nukilan aku di myKMU.net

sumber: http://dukeofumno.blogspot.com/

PRU13 :- Calon PRS..??”

PRU13 :- Calon PRS..??”

PRS President Tan Sri James Masing akan membuat keputusan untuk calon calon PRS sebelum PRU13. Ada kah mereka akan di pilih untuk BN/PRS.?

Wednesday, July 13, 2011

Hii Tiong Huat ?

Missing’ Bersih supporter free at last

By Kuek Ser Kuang Keng

While all 1,697 Bersih 2.0 supporters arrested during Saturday’s rally have been released, Sarawak activist Hii Tiong Huat, who was arrested a day before the rally, was said to be ‘missing’.

NONEAccording to the information released by the Asian Forum for Human Rights and Development, Hii has been missing since his arrest.

However Malaysiakini has learnt that Hii, who was remanded at the Bukit Jalil police station, was freed late this afternoon on police bail.

He was the last Bersih 2.0 supporter released apart from the six Parti Sosialis Malaysia (PSM) activists detained under the Emergency Ordinance.

Hii was freed at Dang Wangi district police headquarters at around 6pm, but without the yellow T-shirt he was wearing when he was arrested four days ago.

The T-shirt, which has his name printed on it, was confiscated by the Bukit Jalil police station while his self-made signboard and a Malaysia flag used during the protest were kept at the Tun HS Lee police station.

According to Malaysian Election Observers Network (MEO-Net) coordinator Ong Boon Keong who visited him earlier today at the police station, Hii had refused to give a statement to the police.

“He wanted to seek legal advice before giving a statement. However, no legal access is being allowed for all Bersih detainees,” Ong told Malaysiakini.
NONE

Ong said that he had to get Hii a new T-shirt so that he could leave the police station.

“Hii will call a press conference tomorrow. He claimed that he was assaulted by the police during his detention until he fainted,” Ong told Malaysiakini.

The maverick activist from Sibu was arrested at Petaling Street last Friday after holding a one-man protest by holding up a self-made signboard and a Malaysian flag.

Hii, who had contested in the recent Sarawak state election as an Independent, had put up the same gimmick in Sibu city for two days before he flew to Kuala Lumpur, but had been ignored by the local police as they are used to his eccentric behaviour.

A hero in cyberspace

His maverick but brave action had earned him praise and made him a hero in cyberspace after a 13-minute video showing his confrontation with the police before the arrest was uploaded onto video-sharing portal YouTube.

In less than four days, the video clip has received more than 270,000 views and 1,900 comments.

Ong said he was told by the police that Hii was being investigated under the Societies Act 1966.

“Hii said the remand order lasts until Wednesday. Police were cooperative to allow some food and drinks to be brought in for him. I will wait at the police station to see if he will be released today.

“The police have not yet decided whether to charge him or not,” he added. – Mkini

MoCs

MoCS should be self-conscious – Awang Tengah

KUCHING, July 13 (Bernama) – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) senior Vice President Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan wants the Movement For Change Sarawak (MoCS) to be conscious of itself when proposing an assembly to force Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud to resign.

Awang Tengah who is the state Minister of Public Utilities said the people in the state have given the mandate to Barisan Nasional (BN) and Taib to form the state government through a process of democracy in the last state election.

He said Sarawak BN has won 55 of the 71 seats in the state election on April 16 and it proved the people have made their choice.

“As such MoCS should be conscious of its own position. What mandate do they have? MoCS is a movement which is not registered with the Registrar of Societies (ROS).

“The people have made their choice and the decision is well known and MoCS should be aware of this,” he told reporters after the signing of a Memorandum of Understanding between Sarawak Energy Berhad and Proactive Training Centre here Wednesday.

He was asked to elaborate on the statement of the head of MoCS, Francis Paul Siah in his blog today that MoCS wants to organise “A Walk for Democracy and Reforms in Sarawak” in Kuching on August 13.

In May, MoCS had threatened to hold a big scale demonstration to force Taib to resign before Aug 13 by moving the people’s power.

Following the call, several police reports were made in Kuching, Kota Samarahan and Bintulu against MoCS. - Bernama



Tuesday, July 12, 2011

Hii Tiong Huat ?

Where is Hii Tiong Huat?

by Raymond Tan reporters@theborneopost.com. Posted on July 12, 2011, Tuesday

SOLICITING SUPPORT: The ‘Hii Tiong Huat — The Braveheart’ Facebook page.

sumber http://www.theborneopost.com/

HARAM 2.0: DRAMA KONSPIRASI KEMATIAN PEJUANG HARAM BERSIH 2.0

HARAM 2.0: DRAMA KONSPIRASI KEMATIAN PEJUANG HARAM BERSIH 2.0

Drama lakonan arahan pemimpin Pakatan Pembangkang

Mungkin ramai yang tidak tahu atau belum tahu atau masih was-was berkenaan dengan kematian pejuang haram BERSIH 2.0 pada Sabtu, 9 Julai 2011.

Sesiapa yang ada membaca blog-blog propembangkang pastinya akan percaya bahawa kematian pejuang haram BERSIH 2.0, Baharuddin disebabkan gas pemedih mata yang disembur polis bagi menyuraikan peserta-peserta BERSIH 2.0.


Pelbagai cara yang dilakukan blog propembangkang ini untuk menyalahkan polis dalam kes kematian Baharuddin walaupun hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan saluran darah tersumbat.

Setelah diasak beberapa kali dengan cerita yang bohong, bloggers yang neutral dan prokerajaan telah menayangkan cerita sebenar kronologi kematian Baharuddin. Ini penting bagi memberitahu rakyat Malaysia bahawa pembangkang sentiasa memutar belitkan fakta dan cerita sebenar.

Bagi mengaburi mata dan minda rakyat, pembangkang cuba membuat lakonan palsu. Suhardi Mohd yang menetap di Bangi, pekerjaan sebagai broker tanah dan mempunyai 2 orang isteri menjadi aktor atau pelakon utama pembangkang.

Suhardi Mohd bersama kafir-kafir DAP

Lakonan kematian Suhardi pada mulanya dirancang bagi memerangkap polis dalam soal keselamatan. Bagaimanapun, kematian Baharuddin yang tidak dirancang itu menguatkan lagi lakonan mereka sebagai cara untuk memberitahu rakyat keganasan yang dilakukan polis.

Dalam mencapai matlamatnya, Suhardi Mohd telah membuatkan dirinya sengaja ditangkap polis dengan bertindak aggresif. Sebelum ini, polis memaklumkan mereka tidak akan menangkap penyokong peserta perhimpunan haram BERSIH 2.0 selagi tidak mencetuskan provokasi.

Tindakan aggresif Suhardi Mohd yang kelihatan pengsan dan seakan-akan mati telah memulakan drama lakonannya. Dengan bertindak sedemikian maka orang ramai akan fikir Suhardi Mohd mati. Sejurus itu, Suhardi Mohd dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut sambil rakyat memikirkan Suhardi Mohd telah mati.

Lakonan Suhardi Mohd Mati Syahid

Motif utama lakonan Suhardi Mohd telah berjaya. Bagaimanapun tindakannya yang bertindak cuba keluar hospital tidak berjaya dan telah ditahan pihak hospital dan polis. Penahanan Suhardi Mohd telah berjaya membongkar cerita sehingga tulisan ini ditulis.

Mengikut perancangan seterusnya apabila Suhardi Mohd berjaya keluar dari hospital, pemimpin Pakatan Pembangkang yang merupakan perancang utama lakonan ini mengarahkan Suhardi Mohd bersembunyi. Dan, giliran pemimpin Pakatan Pembangkang akan memainkan isu kematian Suhardi Mohd kepada seluruh dunia.

Pada sebelah petangnya, blogger Pakatan Pembangkang telah menjadikan cerita ini sebagai suatu isu yang boleh dijaja di seluruh Malaysia melalui media baru dalam usaha memburukan kerajaan.

Bagaimanapun seperti yang dirancang, kes kematian peserta perhimpunan haram BERSIH 2.0 benar-benar berlaku yang membabitkan pemandu teksi akibat darah tinggi di sekitar KLCC.

Pengkebumian Baharuddin

Setelah mengetahui Suhardi Mohd telah ditahan polis dan menceritakan lakonan yang diarahkan kepadanya untuk dilakonkan, nyawa Suhardi Mohd dalam bahaya. Suhardi Mohd telah dibebaskan dan kerjasamanya kepada polis telah berjaya membuktikan kerakusan Pakatan Pembangkang untuk melakukan apa saja demi agenda politik mereka.

Inilah sentimen konspirasi yang dicadangkan Pakatan Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dalam cubaannya untuk memburukkan kerajaan di mata dunia dan menaikkan semangat rakyat untuk bersimpati dengannya dan membenci kerajaan.

Read more: http://cetusankenyalang.blogspot.com/#ixzz1Rw0ESPRn

Indonesia lapor pembohongan Anwar

Akhbar-akhbar utama Indonesia lapor pembohongan Anwar

JAKARTA 12 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi di Malaysia sekarang yang baru berhadapan dengan perhimpunan jalanan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Sabtu lalu sudah mendekati revolusi

"Kita sudah dekat dengan revolusi," kata Anwar seperti dilaporkan akhbar Media Indonesia semalam yang menekankan bahawa kumpulan penunjuk perasaan itu tidak akan berhenti kecuali kerajaan mengganti sistem pilihan raya.

Akhbar berkenaan memetik kenyataan tersebut ketika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengadakan dialog dengan sekumpulan profesional muda di Kuala Lumpur Ahad lalu.

Pada masa sama, akhbar Republika hari ini turut memetik Anwar sebagai berkata bahawa situasi di Malaysia semakin dekat dengan revolusi.

"Kita sudah tidak punya lagi kepercayaan pada pemerintah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya menanggapi tuntutan kami dengan serius kerana situasi semakin dekat dengan revolusi.

"Pemerintah Malaysia harus mendengarkan rakyat dan menghentikan politik kotor pada pemilu (pilihan raya umum)," kata Anwar.

Jawapan tersebut diberikan Anwar berdasarkan soalan apakah dentuman reformasi ini akan tetap dilakukan hingga terjadi revolusi.

Republika juga melaporkan amaran Anwar kepada Barisan Nasional bahawa revolusi akan berlaku di Malaysia seandainya keinginan mereka melakukan demonstrasi untuk mengubah sistem pilihan raya umum tidak dipenuhi.

Pada masa sama, beliau juga menegaskan, pembangkang di Malaysia tidak menolak kemungkinan akan terus menganjurkan demonstrasi pada masa depan seandainya permintaan mereka dalam pelaksanaan pilihan raya seperti yang dikehendaki tidak dipenuhi.

"Kita harus terus menekan pemerintah mengenai hal ini, di dalam dan di luar Parlimen. Jika perlu, kita siapkan untuk unjuk rasa (tunjuk perasaan) di Stadium Merdeka," tegas Anwar lagi. - Utusan

(sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.a)

Friday, July 8, 2011

Patriot*


Despite the ban on its leaders from entering the city and the absence of a police permit, Umno Youth is still pressing on and insists it will march to Stadium Merdeka Tomorrow.
(sumber:http://www.malaysiakini.com/news/169292


Ambiga perlu ditahan di bawah ISA

Ambiga perlu ditahan di bawah ISA

08/07/2011 3:37pm

KUALA NERANG 8 Julai — Kerajaan Pusat perlu bertindak tegas terhadap mereka yang merancang perhimpunan haram dengan menahan pengerusi penganjur perhimpunan itu Datuk S. Ambiga di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dibuat kerana adalah jelas Ambiga menggugat keselamatan negara dengan rancangannya itu.

"Saya tidak akan bersetuju dengan kerajaan kalau kerajaan tidak mengambil tindakan yang paling tegas terhadap mereka. Tidak ada gunanya kita memberi muka kepada mereka kerana rakyat pun sudah mula faham.

Katanya, langkah lain yang dirancang sebelum ini sudah tidak boleh digunakan kerana ia sudah mencapai kemuncaknya.

"Walaupun dia (Ambiga) bersetuju untuk mengadakan perhimpunan haram di stadium, tetapi ia tetap menggugat keselamatan negara. Sudah tentu akan berlaku perarakan di luar stadium sebelum mereka memasuki stadium,” katanya kepada pemberita selepas Program Perkampungan PMR, SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena di Kem Latihan Naka dekat sini, hari ini.

Sekiranya Ambiga menghormati Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas mendapat perkenan menghadap baginda sebelum ini, dia perlu membatalkan hasratnya untuk meneruskan perhimpunan haram itu, katanya. - Bernama

(sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.)

Wednesday, July 6, 2011

HARAM BERSIH 2.0

HARAM 2.0: SENATOR DEWAN NEGARA PERSOAL S. AMBIGA TIDAK SERAH MEMORENDUM SEMASA MENGHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG







Semalam S. Ambiga pengerusi pertubuhan Haram BERSIH 2.0 telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi membincangkan mengenai cadangan mereka untuk mengadakan perhimpunan haram.

Lebih kurang 2 jam di Istana Negara, S. Ambiga telah mengumumkan bahawa perhimpunan itu tetap akan diadakan cuma tempat perhimpunan akan ditukar. Ini adalah selaras dengan saranan Yang di-Pertuan Agong yang bertitah bahawa perhimpunan haram yang dijadualkan diadakan di jalan raya di Kuala Lumpur akan menyebabkan banyak kesan negatif.

Sementara itu, sebelum ini S. Ambiga menyatakan perhimpunan itu bertujuan menyampaikan memorendum mengenai 8 tuntutan mereka mengenai pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, persoalan di sini kenapa S. Ambiga tidak mengambil peluang perjumpaan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong bagi menyampaikan memorendum tersebut?

Nampaknya di sini, tujuan menyampaikan memorendum ini adalah sebahagian daripada lakonan S. Ambiga yang mempunyai maksud tersirat dalam perhimpunan haram itu.
Sememangnya haram itu tetap haram…

Read more: http://cetusankenyalang.blogspot.com/#ixzz1RMy8RFln